Selasa, 8 Mei 2018

Lara Jadi Umpan Perniagaan,Ramai Rasa Tertipu

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Lara Jadi Umpan Perniagaan,Ramai Rasa Tertipu

AKAUN Instagram anak pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana menjadi tempat aduan orang ramai yang berasa tertipu dengan seorang peniaga di laman sosial itu yang dikatakan menjual buku untuk kanak-kanak.

Pengendali akaun milik kanak-kanak itu pada petang Isnin menjelaskan pihaknya ada membantu mempromosi profil Instagram tersebut sebagai balasan menghadiahkan buku yang dijual kepada Lara.

“Salam, kami terima banyak aduan tentang akaun Instagram ini yang Lara tolong promosi sebab dia hadiahkan buku magic book hari itu,” tulis pengendali akaun itu di InstaStory.
Menerusi mesej yang dipamerkan, ada di antara pengadu memberitahu mereka berada tertipu apabila buku yang ditempah masih belum tiba walaupun sudah sebulan membuat pembelian.

Malah usaha untuk menghubungi pihak peniaga juga sudah dilakukan namun gagal mendapatkan jawapan.




Antara aduan yang dibuat ke Instagram Lara.

“Salam, boleh viralkan perkara ini, kami tunggu lebih sebulan tapi stok masih tak dapat. Kami geram sebab telefon dan Whatsapp tak jawab.

“Mereka menggunakan Lara Alana sebagai umpan. Jadi kami nak la beli tapi kami ditipu dan dianiaya,” tulis seorang pembeli yang menghantar mesej peribadi ke akaun Lara.

Sementara itu, menerusi posting lain, pihak Lara memberitahu bahawa mereka sudah bertanya perkara tersebut kepada pihak peniaga buku terbabit bagi mendapatkan penjelasan.

“Pihak Lara sudah bertanya pasal betul ke apa yang orang ramai mengadu? Dia memberitahu sudah menghubungi semua pelanggan.

“Mungkin mereka tidak bersedia dengan sambutan yang menggalakkan atau kuantiti yang tidak mencukupi.

“Beri mereka masa dan semoga semua yang sudah buat tempahan atau buat bayaran dapat buku mereka,” tulisnya.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: