loading...
Loading...
Lelaki Dalam Hidup Puteri Diana,Kenali Mereka
Puteri Diana dikasihi oleh orang ramai atas pelbagai sebab, termasuk kemesraan, kecantikan yang dimiliki dan semangatnya untuk membantu orang lain.
Tetapi dia juga menjadi subjek spekulasi tabloid dalam melakukan berita mereka, akhbar ini mengesan setiap langkahnya walau di mana Diana berada. Subjek menarik yang tidak pernah berakhir adalah kemunculan lelaki dalam hidupnya.
Menjadi isteri kepada Putera Charles, hubungan sulitnya dengan pengawal peribadi serta pengakhiran hidup yang tragis selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama Dodi Al-Fayed, dan banyak lagi kisahnya yang dikorek sehingga ke hari ini.
Selain mereka, siapa lagi lelaki yang pernah bersarang di hari Puteri Diana?
#1 Putera Charles
Bertunang pada usia 19 tahun, dan selepas itu Diana berkahwin dengan pewaris takhta itu pada tahun 1981. Walaubagaimanapun perkahwinan mereka tidak kecapi kebahagiaan bila keduanya mula terjebak dalam hubungan sulit dengan pasangan masing-masing.
#2 Barry Mannakee
Dilaporkan, Diana jatuh cinta pada pengawal peribadinya itu pada tahun 1985. Khabar angin yang tersebar di istana menyebabkan Mannakee dipecat setahun kemudian. Mannakee meninggal dunia dalam kemalangan motosikal tahun 1987, dan disyaki Diana penyebab kepada kemalangan itu.
“Saya sangat gembira bila dia berada di samping,” katanya dalam satu video.
#3 James Hewitt
Ada khabar angin mendakwa Putera Harry merupakan anak kepada James Hewitt, seorang pegawai pasukan berkuda. Dia sendiri mengakui hubungan lima tahun dengan lelaki itu dalam satu wawancara tahun 1995. Tetapi lelaki tersebut menjelaskan segalanya bermula pada tahun 1986, dua tahun selepas kelahiran Putera Harry.
#4 James Gilbey
Merupakan kawan Diana sejak kecil lagi, dikhabarkan pasangan ini mula berhubungan semasa Diana berkahwin dengan Putera Charles lagi. Gilbey adalah penjual kereta Lotus ketika hidupnya pertama kali menjadi perhatian selepas hubungan romantiknya dengan Diana tersebar. Bahkan, kemesraan mereka dalam panggilan telefon diterbitkan akhbar pada tahun 1992.
#5 Oliver Hoare
Diana obses dengan penjual seni lukisan Islam pada tahun 1992. Khabar angin menyebut Diana menghubungi Oliver Hoare lebih daripada 300 kali. Seorang bekas pengawal peribadi memberitahu Daily Mail dia pernah melihat Hoare “separuh bogel di belakang pokok di koridor Kensington Palace, sedang merokok cigar.”
#6 Theodore Frostman
Usahawan jutawan itu adalah 20 tahun senior darinya, terpikat dengan Diana selepas bertemu dengannya pada majlis makan malam tahun 1994. Menurut Daily Mail, Frostman mengirim bunga setiap minggu selama tiga tahun. Akhirnya, Forstman mengakhiri percintaan itu untuk kembali bersama kekasih lamanya, Deborah Hagerty.
#7 John Kennedy Jr.
John Kennedy Jr. bertemu Puteri Diana pada musim panas tahun 1995. Dakwaan mengatakan pertemuan intim mereka membawa kepada hubungan one-night stand tetapi ditepis sama sekali oleh istana.
“Kami mula bercakap, satu perkara membawa kepada yang lain – dan kami akhirnya tidur bersama,” cerita Diana kepada seorang temannya Simone Simmons.
#8 Will Carling
Diana mengagumi Carling yang dijumpanya di Harbour Club, Chelsea. Bahkan Diana memintanya sesi latihan secara peribadi dan membawa anaknya melihat Carling bermain. Hubungan mereka disalahkan kerana punca keretakan perkahwinan Carling dengan penyampai TV Julia Carling pada tahun 1996.
#9 Bryan Adams
Bekas butler diraja, Paul Burrell mendakwa penyanyi itu mula dating Diana selepas berpisah dengan Putera Charles. Pada tahun 2003, bekas teman wanita Bryan Adams, Cecilie Thomsen juga mengesahkan berita tersebut dengan menyatakan, “Saya tahu Diana mempunyai hubungan dengan Bryan. Malah Paul sendiri adalah sebahagian daripada kisah mereka dan dia juga yang memperkenalkan Bryan kepada Diana.”
#10 Hasnat Khan
Diana menggelarnya “Mr. Wonderful”, pertama kali berjumpa dengan pakar bedah jantung di sebuah hospital di London. Ramai kawan Diana menerangkan hubungan itu sebagai peluang untuk Diana mengecapi kebahagiaan selepas perpisahan dengan Putera Charles. Walaubagaimanapun, hubungan Diana dan Hasnat berakhir pada musim panas tahun 1997.
#11 Dodi Al-Fayed
Sebulan selepas selepas perpisahan dengan Hasnat Khan, Diana bangkit semula dengan anak seorang jutawan Mesir. Selepas bercuti atas kapal layar di Riviera, Perancis. Pada 31 Ogos 1997 Diana meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu laju di jalan terowong Pont de l’Alma di Paris bersama-sama dengan Dodi Al-Fayed dan pemandu Henri Paul.
Tragis perjalanan hidup Diana ni, tak sempat perolehi cinta sejati. Apapun, #RipDiana!
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan