Jumaat, 18 Mei 2018

Perasaan Najib Bila Rumah Di Geledah

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Perasaan Najib Bila Rumah Di Geledah

Najib Razak, terkilan kerana polis ambil 20 jam untuk geledah kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, sehingga hari pertama ibadah puasa terganggu.
Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata  polis hampir selesai menggeledah kediaman itu petang Khamis dan hanya menunggu untuk membuka kunci peti besi berusia 20 tahun yang terletak di tingkat pertama rumah banglo berkenaan.
Katanya, polis mengambil masa untuk menyelesaikan serbuan selama 20 jam itu kerana mereka cuba memecahkan peti keselamatan berkenaan. Difahamkan, kunci peti besi itu hilang selama bertahun-tahun dan tiada barang berharga di dalamnya.
"Mereka kini cuba membuka peti besi dengan menggerudi dan kaedah lain, dalam masa sama mereka menggeledah seluruh rumah," katanya.
Harpal berkata, pihak polis pada mulanya berjanji untuk meninggalkan kediaman itu selepas mengambil tiga kotak barang seperti pakaian, hadiah dan beg tangan kira-kira jam 5 pagi.
Namun, tambah beliau, pihak polis masih menjalankan beberapa pemeriksaan sehingga jam 8.30 pagi apabila tiba-tiba mereka mengerahkan pasukan untuk membuka peti keselamatan.
"Mereka cuba membuka peti besi tetapi tidak berjaya jadi mereka mula menggerudi sehingga jam 5 pagi," katanya sambil menambah bahawa proses itu menyebabkan gangguan dan bunyi bising kepada keluarga Najib serta jiran.
"Anak guam saya ternyata kecewa dengan apa yang berlaku sejak jam 5 pagi tadi, pencarian yang dilakukan di premis dan barangan yang disita setakat ini kelihatan tidak penting.
"Kehadiran pegawai polis di kediaman secara berterusan dan penggerudian peti keselamatan menyebabkan gangguan yang tidak wajar serta tekanan perasaan kepada anggota keluarga Najib, kakitangan serta individu lain dalam kediaman itu selain mewujudkan imej buruk kepada anak guam saya, "katanya.
Tambah Harpal, serbuan yang dilakukan pada malam Ramadan itu menyebabkan kesulitan kepada keluarga dan kakitangan Najib, menafikan mereka hak untuk melaksanakan kewajipan agama mereka untuk berbuka puasa dalam suasana tenang pada hari pertama.
"Anak guam saya bersetuju untuk meneruskan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkenaan tetapi gangguan itu kini berlanjutan selama hampir 18 jam," katanya yang turut diiringi seorang lagi peguam mewakili Najib, Hasnal Rezua Merican.
Sementara itu, pagi Jumaat empat buah kereta polis diiringi dua buah motosikal berkuasa tinggi, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dan pacuan empat roda jenis Nissan Navara berwarna hitam masuk ke pekarangan rumah Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Keempat-empat kereta jenis Proton Preve berkenaan membawa pegawai dan anggota memakai vest polis, sementara MPV pula dipercayai dinaiki ahli keluarga Najib sementara pacuan empat roda dinaiki individu tidak diketahui.
Walau bagaimanapun sebelum itu, suasana di luar perkarangan tenang selepas 16 jam lori polis terakhir meninggalkan kediaman dengan membawa beberapa kota plastik mengandungi barangan bukti berkaitan skandal 1MDB.
Manakala malam tadi, unit kediaman peribadi bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional itu di Pavilion Residences di ibu kota turut diserbu pihak polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memberitahu, dalam serbuan di sana pihak polos menemui 72 buah beg mengandungi wang tunai tempatan dan asing serta 284 buah kotak mengandungi beg tangan mewah berjenama.
Barang-barang peribadi atau bukan peribadi yang diambil dari kediaman beliau di kedua-dua kawasan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tambah beliau, operasi penggeledahan masih lagi berjalan sehingga arahan menamatkan operasi diterima.-18/5/2018
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: