Isnin, 21 Mei 2018

Hadiah perkahwinan anak Najib pun dirampas – Harpal

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Hadiah perkahwinan anak Najib pun dirampas – Harpal

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menyita barangan di dua unit kediaman keluarganya secara melulu.
Menurut peguamnya, Datuk Harpal Singh Grewal, kondominium pertama didiami anak lelakinya, Ashman dan yang kedua didiami anak perempuannya, Gina (dan keluarga).
“Dalam serbuan pertama di kondominium yang didiami Ashman, polis menyita beberapa barangan peribadi seperti jam tangan dan komputer riba milik pembantunya, manakala, dalam kes Ashman pula, telefon bimbit, Ipad dan komputer riba lama miliknya disita. Semua barangan itu digunakan untuk tujuan kerja oleh Ashman.
“Ketika serbuan dijalankan di kondominium Gina, hanya pembantu rumah yang berada di dalam rumah. Ia adalah tindakan yang mengejutkan kerana barangan yang disita adalah milikan peribadi dibeli atau dihadiahkan kepadanya sejak beberapa tahun lalu,” katanya.
Dalam kejadian itu, dua kondominium diserbu iaitu di Menara A, Pavilion Residences Jalan Raja Chulan.
Harpal berkata, turut mengejutkan adalah penyitaan hadiah perkahwinan milik Gina tanpa cubaan mengenal pasti jenis barangan sebelum dirampas.
“Tambah mengejutkan, penyitaan beberapa pasang kasut dan pakaian bayi yang dibeli untuk anak mereka, namun Najib dan keluarganya akan terus memberi kerjasama kepada polis dalam siasatan yang dijalankan.
“Selain itu, publisiti meluas berkenaan penyitaan itu yang kebanyakannya adalah barang peribadi milik anak Najib, sudah memalukan keluarganya,” katanya.
Sementara itu, Ashman dan Gina sudah hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk permohonan barangan yang disita dipulangkan semula secepat mungkin bagi mengelakkan penghinaan dan tekanan terhadap keluarga.
sumber:- BH
“Tiada bukti relevan dalam penyitaan itu,” kata Harpal.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: