Ahad, 27 Mei 2018

Suasana sunyi&tenang, Bella Dally kongsi pengalaman bertemu malam Lailatul Qadar

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Suasana sunyi&tenang, Bella Dally kongsi pengalaman bertemu malam Lailatul Qadar

Bulan Ramadhan tahun ini pastinya memberi sejarah yang tidak akan dilupakan oleh pelakon, Bella Dally apabila beliau dan bekas suaminya, Nazim Othman telah mengumumkan penceraian pada 17 Mei lepas menerusi akaun Instagram masing-masing. 

Orang ramai mula terkejut dengan berita tersebut kerana keserasian mereka sebelum ini nampak sweet dan manja.


Sepanjang menempuh bulan Ramadan, malam Lailatulqadar adalah suatu malam yang sangat dinantikan oleh semua umat Islam. Malam yang paling istimewa ini sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT walaupun sudah diberi clue iaitu terdiri daripada malam ganjil 10 malam terakhir.



Bukan semua orang beruntung meraih keberkatan Lailatulqadar tanpa persiapan yang rapi. Namun, Bella sangat bertuah kerana pernah menyaksikan sendiri keindahan Lailatulqadar sewaktu zaman kecilnya.

Ketika Bella masih di zaman kanak-kanak (sekolah rendah), ketika waktu subuh (lepas sahur) beliau merasakan suasana yang sangat sunyi dan tenang sekali. Lantas, beliau telah keluar rumah dan melihat bintang-bintang bertaburan di kanvas langit.

Baginya, mungkin malam tersebut merupakan malam Lailatulqadar dan beliau juga berharap agar dapat merasai sekali lagi situasi yang sama.

Mahu fokus bidang lakonan.

Bella, 27 tahun mahu lebih fokus kepada bidang lakonan sebagai seorang anak seni dan beliau juga seorang wanita yang sibuk dengan kariernya itu.
Sumber : Majalah Nona

Ini apa yang Nazim Othman& Bella Dally Lakukan Selama 6 Jam, Sebelum Mereka Bercerai


KUALA LUMPUR : Pasti ada yang berteka teki mengapa pasangan sama cantik sama padan, Nazim Othman dan Bella Dally mengambil keputusan untuk berpisah.
Sehingga kini masih tidak diketahui punca sebenar berlakunya penceraian itu dari mulut kedua-dua pelakon popular ini.

Namun, menurut Nazim, dia dan Bella telah berbincang selama enam jam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

Dalam satu posting di Instagram Nazim, dia berkongsi gambar bersama bekas isterinya satu hari sebelum memfailkan kes penceraian mereka di Kota Kinabalu.
“Segala gelak tawa, segala tangisan dan segala sebab, setiap perincian akan kami sematkan diantara kami berdua.

“Kuncinya adalah redha. Kami telah bersetuju untuk menerima takdir ini dengan hati terbuka dan bersetuju untuk mensensasikan cerita perpisahan ini,” katanya.


Foto: Instagram/@nazimothman

Tambah Nazim, perpisahan itu sememangnya menyedihkan dan sesungguhnya, Allah sememangnya sebaik-baik perancang.

“Jadi kepada anda semua teruskan hidup dengan tenang dan positif. Semoga Allah sentiasa mengasihani kita,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, posting itu telah dipadam dari Instagram Nazim.
Terdahulu, dalam kemas kini di akaun Instagram Nazim pada Khamis lalu, dia mengesahkan perkahwinannya dengan Bella Dally sudah berakhir.

                                 

Nazim, 34 tahun dan Bella, 26 tahun mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
sumber: astroawani.com
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: