loading...
Loading...
Ooo...Aafiyah Suka Dengar Lagu Cindai Nyanyian Ibu Ye...
Sebelas tahun yang dulu, Ds Siti melalui hidup tanpa kehadiran zuriatnya sendiri sejak dia berkahwin dengan Ds Khalid.Namun dia sabar untuk menunggu agar doanya di kabulkan oleh Yang Maha Esa.
Tahun 2018 ini, Ramadhan dan lebaran pasti akan menjadi lebih bahagia dan bermakna buat dirinya dan suami. Ini kerana tahun ini adalah tahun pertama Ds Siti dan suami menyambutnya bersama dengan kehadiran sang buah hati yang sangat di sayang iaitu Aafiyah.
Tahun 2018 ini, Ramadhan dan lebaran pasti akan menjadi lebih bahagia dan bermakna buat dirinya dan suami. Ini kerana tahun ini adalah tahun pertama Ds Siti dan suami menyambutnya bersama dengan kehadiran sang buah hati yang sangat di sayang iaitu Aafiyah.
Sejak kelahiran Aafiyah, namanya menjadi viral dan menarik perhatian ramai pihak. Di laman sosial, gambar Aafiyah sering mendapat like dan komen oleh para pengikutnya.
Pendek kata, kehadiran Aafiyah menjadi satu semangat kepada ramai orang tua di luar sana yang menantikan zuriat mereka walaupun bertahun-tahun sudah menikah. Setiap penantian dan kesabaran pasti akan termakbul jua.
Aafiyah sering di kunjungi oleh saudara-mara dan juga kenalan ibu dan ayahnya. Sejak kelahirannya, dia sudah mendapat banyak perhatian dan kasih-sayang dari orang sekeliling sebagaimana ibunya mendapat hal yang sama dari para peminat.
Apabila ada yang datang ke rumah untuk melihatnya, Aafiyah pasti membuka mata, memandang ke kamera untuk sama-sama mengambil gambar bersama para tetamu.
Menurut tetamu, Aafiyah di lihat sebagai seorang bayi yang mudah mesra dan sukakan kamera. Kalau hadiah, memang selalu Aafiyah dapat dari para aunty dan para peminat ibunya. Untungnya Aafiyah.
Dalam satu rakaman video, Aafiyah di agah oleh para tetamu dan pada masa yang sama,apabila dia di nyanyikan lagu Cindai,Aafiyah dilihat tersenyum manis.Mungkin inilah di katakan bahagianya bila ada cahaya mata.Kehadirannya dan senyumannya buat ramai hati yang cair.Kan?
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan