Ahad, 27 Mei 2018

“Kalau Bertugas Luar Negeri, Semua Baju Yang Dipakai Akan Dilipat Kembali.. Begitu Kemas Sampai Keliru Mana Satu Bersih & Kotor,” Kenali Isteri Azmin Ali

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
“Kalau Bertugas Luar Negeri, Semua Baju Yang Dipakai Akan Dilipat Kembali.. Begitu Kemas Sampai Keliru Mana Satu Bersih & Kotor,” Kenali Isteri Azmin Ali
Wajahnya sering kelihatan di majlis-majlis rasmi. Dengan penampilan sederhana dan tidak lekang mengukir senyuman, keperibadian Datin Seri Shamshida Taharin cukup menyenangkan.

Bertentang mata dengan isteri kepada Menteri Besar Selangor ini ketika menjayakan sesi fotografi bersamanya dan ahli keluarga sekitar tahun 2017 ternyata satu pengalaman yang cukup manis.

 Melewati usia perkahwinan selama 29 tahun di samping Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, pasangan ini telah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Farah Shazliyana (27), Mohamed Ameer Shazrin (25), Farah Amira (24), Farah Afifah (22), Mohamed Basheer Noor Al-Haq (17) dan Mohamed Yusuf Al-Sadiq (15).


Hampir 3 dekad berkongsi hidup bersama Dato’ Seri Mohamed Azmin yang kini menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sudah pasti Datin Seri Shida cukup masak dengan sikap suami tercinta.

 “Dia di mata saya, seorang lelaki yang sangat beradat, beradab, pengemas dan sangat terperinci. Mungkin kerana terlalu mahir dalam matematik, dia mempunyai skil ketepatan dan ingatan yang amat kuat.

 Contohnya kalau dia bertugas di luar negeri, semua baju yang dipakai akan dilipat kembali, begitu kemas sampaikan saya keliru mana satu yang bersih atau kotor!


Pernah seorang pegawai Dato’ maklumkan pada saya, dia ni seorang yang sangat kemas dan kuat ingatan. 

Di atas meja, dia akan susun dokumen dengan cermat dan jika dia telefon dari luar negara, dia akan ingat di mana sesuatu dokumen itu disusun sebelum bertolak. Baris ke berapa, ditindih dengan apa. Tepat. Sebab tu kita tak boleh suka-suka alihkan barang dia.


Selain itu, Dato’ juga seorang yang pandai memasak, malah mungkin lebih handal daripada saya. Saya fikir dengan cara dia dibesarkan, banyak ilmu kepakaran memasak ibu mertua diturunkan kepadanya. Teringat ketika kami belajar di Amerika Syarikat dulu, dia juga yang memasak dan hantar juadah itu ke rumah saya. 

Bayangkan juga kaedah orang dulu-dulu buat nasi impit, tekan padat-padat dengan buku… Hah, macam itulah dia buat,” imbau Datin Seri Shida sambil tertawa.

Momen perkenalan pasangan genius ini menjadi perbualan kami seterusnya. “Sebagai anak guru, saya memang sentiasa didedahkan tentang pentingnya pelajaran oleh ibu bapa. 
Terutama sekali ibu saya, Puan Siti Rahmah Ismail (80). Alhamdulilah, ketika di Sekolah Menengah Sains Bukit Mertajam, Pulau Pinang, saya selalu menjadi top student dan mendapat Anugerah Dekan pada setiap semester. Saya juga pernah ditawarkan untuk mendalami bidang perubatan tapi akhirnya saya menolak.


Saya masih ingat pertemuan dengan Dato’ buat pertama kali. Hari itu dia datang ke tempat saya di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Bukit Gambang, bersama wakil universiti bagi memilih pelajar terbaik ke University of Minnesota. Tanpa disangka, saya terpilih dan menerima biasiswa MARA untuk ke American Degree Program. Maka bermulalah kisah hidup saya sebagai anak perantau di Amerika.

Sayangnya ketika tiba di sana, bagasi saya hilang. Pihak syarikat penerbangan pula mengambil masa yang lama untuk mencari dan memulangkan bagasi itu. Maka secara tidak sengaja, bermulalah perkenalan kami dengan lebih rapat. Dia sebagai ketua pelajar, bertanggungjawab untuk mencarikan apartmen kami termasuk menguruskan hal ehwal pelajar baru Malaysia.

Pensyarah kami pernah mengusik. Katanya suami saya telah memilih saya dari awal untuk dijadikan isteri. Mungkin kerana selepas saya menamatkan pengajian selama dua tahun di Malaysia, tidak lama kemudian Dato 'pun masuk meminang.



Tetapi sebenarnya kita percaya pada jodoh dan alhamdulilah berkekalan sehingga ke hari ini, "kata Datin Seri Shida yang berbeza umur hanya setahun lebih muda daripada Dato 'Seri Azmin.



Selepas tamat pengajian di Amerika Syarikat, Datin Seri Shida seterusnya bergelar pelatih di EMKAY pembinaan syarikat selama enam bulan dan di Malaysia Airlines sebagai pelatih pengurusan selama enam bulan.


Selepas mendirikan rumah tangga dengan Dato’, beliau menyertai Phileo Allied Bank sebagai konsultan. “Kini selain menumpukan perhatian pada anak-anak, masa saya lebih banyak terisi dengan program sendiri. Saya merupakan Pengerusi di Rumah Puteri Arafiah (di bawah kelolaan PEKAWANIS) yang merupakan sebuah rumah pemulihan dan perlindungan remaja bermasalah di antara usia 12 ke 21 tahun.

Saya dan anak-anak juga aktif berhubung melalui grup Whatsapp. Itulah cara kami bersembang dan mengeratkan hubungan bila masing-masing jauh di mata. Dato’ pula tidak memiliki Whatsapp dan saya fikir tak perlu pun kerana dia sudah begitu sibuk dengan tugasnya.


Sebenarnya sepanjang hidup suami saya, dia memang seorang yang selalu sibuk. Dari seorang ahli politik, sehingga bergelar ADUN, Ahli Parlimen dan sekarang, Menteri Besar, tingkat kesibukannya semakin lama semakin tinggi. Sebagai teman hidup, saya cuma mengikut apabila kehadiran diperlukan. 

Tapi sebenarnya saya suka berjumpa rakyat dan melalui program-program tertentu, saya seronok dapat menyalurkan amal jariah serta membantu golongan susah.”

Jangan Lupa Komen
kredit:Nona
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: