Sabtu, 26 Mei 2018

Budak-budak Pun Suka Mat sabu

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Budak-budak Pun Suka Mat sabu

Muhamad Haikal Rawi dan Muhammad Rayyan Hakimi Mohd Rizman, 10, tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tandatangan pemimpin idola mereka. -Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Selain popular dalam kalangan netizen, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga mula mempunyai peminat daripada kalangan kanak-kanak.

Muhamad Haikal Rawi dan Muhammad Rayyan Hakimi Mohd Rizman, 10, tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tandatangan pemimpin idola mereka itu ketika Mohamad hadir dalam majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid kementah sebentar tadi.

Bagi Muhammad Rayyan, dia mula mengenali Mohamad ketika melihatnya di kaca televisyen beberapa hari yang lalu.

“Mula-mula saya tengok dalam televisyen dan tanya mak siapa tu. Mak cakap itulah Menteri Pertahanan yang baharu dan sejak dari situ saya pasang impian untuk mendapatkan tandatangannya.

“Lepas tu, ayah pula cakap hari ini menteri akan buka puasa di masjid. Jadi saya teruja datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, bagi Muhammad Haikal, dia menjadikan aktiviti mengumpul tandatangan pemimpin negara sebagai hobi yang dimulakannya sejak tahun lalu bersama Muhammad Rayyan.

“Satu buku saya sudah penuh dengan tandatangan pemimpin negara dan sekarang saya mahu cuba mendapatkan tandatangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula.

Dalam majlis tersebut, Mohamad turut menyampaikan bantuan sumbangan raya kepada 30 orang anak yatim dan anak asnaf daripada Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: