loading...
Loading...
Mat Sabu...Jadi Menteri Boleh Masak Pun Boleh
Tahniah diucapkan kepada YB Tuan Haji Mohamad Sabu kerana dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.
Sebelum ini, beliau lebih dikenali berkenaan hal-hal berkaitan politik, namun setelah memegang jawatan penting negara, banyak rupanya kisah-kisah menarik mengenai anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulang Pinang ni yang kita semua belum tahu.
Disebalik kesibukan beliau, rupanya ahli politik berusia 64 tahun ini sangat handal memasak.
Melalui perkongsian beliau di laman sosial Facebook, dilihat beberapa gambar yang menunjukkan beliau sedang memasak gulai ikan untuk tetamu yang datang.
Lebih mengagumkan lagi, YB buat sambal belacan. Guna lesung batu je! Tak ada guna mesin atau takut terpercik bagai. Memang sempoi habis!
Anak2 wanita muda Amanah (WARDA) bertandang ke rmh. Saya masak utk makan tgh hari bersama. Tumbuk sambal belacan dan gulai ikan. Terima kasih anak-anak muda yang sudi ziarah saya.
Posted by Mohamad Sabu on Tuesday, 15 May 2018
Kalau nak tahu, YB Mat Sabu ni bukan acah-acah pandai masak tau. Beliau memang ada kepakaran dan mempunyai ijazah dalam bidang Seni Kulinari.
Terbaik! Moga ia boleh menjadi inspirasi buat para graduan kulinari untuk lebih berjaya di masa hadapan.
Sumber: facebook Mohamad Sabu
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan