Isnin, 28 Mei 2018

Bila Presiden Korea Utara Kim Jong Un Bergambar Dengan Durian Di Singapura

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Bila Presiden Korea Utara Kim Jong Un Bergambar Dengan Durian Di Singapura

Rata-rata rakyat tempatan dan para pelancong yang bercanda di Marina Bay Sands, Singapura terkejut apabila melihat kelibat lelaki yang disangka Presiden Korea Utara, Kim Jong Un turut bersiar-siar di lokasi sama tempoh hari.


Dari bentuk tubuhnya, riak wajah serta gaya rambut, semuanya saling tak tumpah dengan Kim Jong Un. Rupa-rupanya lelaki itu cumalah penyamar yang meniru bulat bentuk fizikal presiden paling kejam di dunia itu untuk menarik perhatian orang ramai bersempena sidang kemuncak yang bakal menemukan dua nama terulung antara Kim Jong Un dan Donald Trump di Singapura, menjelang 12 Jun nanti.

Jejaka itu, dikenali dengan nama Howard X yang merupakan kacukan Australia-Cina berkata, dia sengaja menonjolkan diri sebagai Presiden Korea Utara untuk menyatakan hasrat murninya mengucapkan selamat maju jaya kepada dua pemimpin terulung dunia itu berhubung rundingan menghentikan program nuklear Korea Utara.


Sumber: Reuters

Menurut Howard, kedua-dua pemimpin itu akan menjalani sebuah perbincangan yang harmoni kerana personaliti mereka ternyata hampir sama. “Mereka pasti menjadi sahabat karib setelah selesai mensyuarat nanti”, tambahnya.
Sebelum ini Howard juga pernah membuat kemunculan yang sama, juga menyamar sebagai Kim Jong Un sewaktu di temasya sukan Olimpik Musim Sejuk Februari lalu.


Sumber: Reuters

Apabila ditanya apakah dia sengaja menaikkan berat badan semata-mata mahu meniru gaya fizikal Kim Jong Un, Howard berkata, “Ini memang saiz tubuh badan saya yang sebenar.
“Sebelum ini saya memang sedar bahawa wajah saya ada iras-iras Kim Jong Un jadi saya terfikir, mengapa tidak saya membuat duit dengan kelebihan yang saya ada ini”, katanya lagi.


loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: