loading...
Loading...
Anita Sarawak Sakit, Jalani Rawatan di Kuala Lumpur?
Sejak beliau hilang dari radar dunia seni kira-kira tujuh tahun yang lalu, pelbagai spekulasi yang timbul dan cerita yang tersebar mengenai penyanyi bertaraf superstar Anita Sarawak. Namun semua yang diperkatakan sehingga kini masih menjadi tanda-tanya.
Khabar terbaru, Kak Nita dikatakan telah mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Memetik sumber laporan BH online, khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya, tetapi tidak diizinkan membuka mulut atas permintaan penghibur itu sendiri. Dengarnya, wajah Kak Nita sudah jauh berbeza hingga peminat tidak lagi mengenalinya.
Sebelum ini ada yang mengatakan Kak Nita masih tinggal di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, dan ada juga sumber mendakwa penyanyi lagu Seksis serta Tragedi Buah Epal itu membina kediaman baharu dan menetap di Perancis, sejak beberapa tahun lalu.
Tahun lalu, heboh pula kisah mengatakan Kak Nita kembali menetap di Singapura, selepas seorang peminat terserempak dengannya di sebuah restoran makanan segera yang agak terpencil di Ang Mo Kio.
Peminat itu mendakwa, dia bertemu dengan wanita mirip Kak Nita bersama seorang lelaki Mat Salih berambut hitam diyakini adalah suaminya, Mahathir Abdullah. Kata peminat tersebut, dia yakin wanita itu adalah Kak Nita berdasarkan suara dan bentuk bibirnya. Bagaimanapun, wajahnya cengkung dan rambutnya tidak diwarnakan lagi.
Tahun lalu juga, misteri kehilangan Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib, sedikit terungkai apabila dokumen urusan jual beli kediaman yang didakwa miliknya tersebar di internet.
Kak Nita dan Mahathir dikatakan menjual kediaman di Spring Valley, Las Vegas, dengan harga kira-kira RM1.4 juta kepada pasangan, Roselinda Cohen dan Lawrence Cohen, pada 31 Julai tahun lalu.
Berdasarkan maklumat diperoleh, suaminya masih bekerja sekitar Las Vegas ketika itu. Siasatan pihak tertentu juga mendapati, pasangan itu membeli kediaman baharu dengan harga RM1.3 juta pada 4 Oktober tahun sama.
Kediamannya itu terletak kira-kira 22 minit dari Las Vegas Strip.
Penemuan itu secara tidak langsung dilihat memberi bayangan perkembangan Kak Nita yang selama ini dikatakan merajuk dan membawa diri. Ia juga menepis khabar angin yang mendakwa, Kak Nita dan suaminya sudah bercerai.
Terlalu banyak spekulasi yang tidak pasti diperkatakan, sampaikan tidak tahu mana yang betul dan mana pula yang salah. Mungkin ada benarnya Kak Nita kurang sihat berdasarkan cerita peminat yang menemuinya itu. Apa juga alasan dirinya memilih pusat rawatan di ibu kota, hanya dia yang tahu.
Jika benar Kak Nita ditimpa ujian berdepan penyakit kanser, marilah kita sama-sama doakan yang terbaik buat superstar kesayangan ramai ini.

0 ulasan:
Catat Ulasan