loading...
Loading...
Juruterbang MH370 tidak bunuh diri tapi ini yang berlaku pada saat akhir...
CANBERRA – Penyiasat Australia menolak dakwaan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang telah sengaja dijatuhkan oleh juruterbang.
Dakwaan itu disangkal oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berikutan spekulasi yang mengaitkan pesawat berkenaan ‘dijatuhkan secara terkawal’.
Spekulasi itu dibuat oleh bekas penyiasat pesawat Kanada, Larry Vance melalui bukunya.
Vance, yang muncul di program 60 Minutes di Australia awal bulan ini, mengatakan terdapat kesilapan dalam penyiasatan ATSBt dan kesimpulan saat-saat terakhir pesawat itu adalah salah.
“Dia (juruterbang) membunuh dirinya, malangnya, dia membunuh orang lain di atas kapal, dan dia sengaja melakukannya,” kataVance dalam program itu.
Sebaliknya, ATSB berpendapat juruterbang tidak sedarkan diri pada saat-saat akhir.
Kehilangan pesawat penumpang itu kekal misteri sejak kehilangannya pada tahun 2014 ketika terbang ke Beijing dari Kuala Lumpur dengan 239 orang penumpang.
Operasi mengesan pesawat itu telah membabitkan Malaysia dan China dihentikan tahun lalu selepas pencarian mengambil masa 1,046 hari.
ATSB konsisten bahawa pesawat tersebut berada dalam tidak terkawal semasa jatuh di Laut Selatan India.
Pengarah ATSB, Peter Foley menegaskan bahawa penyiasat telah meneroka semua nasihat dan analisis yang disediakan.
“Kami menganggap setiap bukti yang kami ada pada masa itu dibuat dengan cara yang tidak berat sebelah,” kata Foley yang sudah pun membaca buku yang ditulis oleh Vance.
Penerbangan MH370 dikesan hilang selepas ia berhenti menghantar komunikasi semasa dalam penerbangan pada 8 Mac 2014.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan