Sabtu, 19 Mei 2018

Inikah Wanita Bernama Puan Sri Cindy Pemilik Kotak-kotak Yang Di Rampas?

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Inikah Wanita Bernama Puan Sri Cindy Pemilik Kotak-kotak Yang Di Rampas?




3 unit kondominium mewah di Pavilion Residences yang diserbu oleh pihak berkuasa Khamis lalu telah dijelaskan oleh pegawai bertugas bukan milik DSNR, tetapi propaganda media pro-PH seperti Mkini, FMT, SH & A.Awani terus mengarahkan tumpuan kepada DSNR dengan bait-bait ayat seperti "kediaman yang dipercayai milik bekas PM", "dalam siasatan yang mempunyai kaitan dengan 1MDB", etc etc.

Dalam serbuan tersebut 72 beg berisi wang tunai & 284 kotak berisi beg tangan berjenama telah dibawa keluar. Di kotak-kotak tersebut jelas tertulis nama 'DATIN CINDY', bukannya nama DSNR atau DSRM. 


Siapa sebenarnya Datin Cindy yang tertulis di kotak-kotak rampasan tersebut?





Datin Sri Cindy Lim atau nama sebenarnya Tan Kewi Yong adalah Pengarah Eksekutif Pavilion REIT & Malton Bhd, isteri kepada tycoon hartanah Tan Sri Desmond Lim Siew Choon, individu ke-27 terkaya di Malaysia. Cindy juga merupakan kakak kepada jutawan 'Casio King' pemilik CIC, Tan Sri Robert Tan Hua Choon. Desmond Lim merupakan pemilik gedung mewah Pavilion disamping beberapa perniagaan hartanah lain.

Selain 'harta-harta rampasan', kondominium tersebut juga adalah milik DS Cindy bersama suaminya, TS Desmond. 

Belum ada sebarang pembuktian semua rampasan itu berkaitan dengan DSNR atau 1MDB
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: