loading...
Loading...
Kutip Pucuk Paku Sara Anak
TUMPAT: Menjengah kaki ke teratak kayu pasangan suami isteri di Kampung Sungai Pinang malam tadi, tiada satu perkakas rumah berada di dalamnya.
Televisyen, peti sejuk, kerusi atau mesin basuh juga tidak kelihatan.
Pasangan ini mempunyai empat anak kecil berusia antara tiga dan tujuh tahun, manakala si suami, Razali Hussain, 42 tahun, tidak boleh bekerja selepas disahkan menghidap penyakit lemah jantung susulan terkena jangkitan kencing tikus (Leptospirosis) beberapa tahun lalu.
Nurul Hamiza Yaakob, 29, berkata suaminya juga kehilangan limpa selepas terbabit dalam kemalangan kira-kira lapan tahun lepas.
Mereka kini bergantung harap dengan hasil menjual pucuk paku yang dikutip dalam semak berhampiran rumah.
Lebih memilukan, si ibu turut membawa kesemua anaknya untuk mengutip pucuk paku tanpa menghiraukan suasana bahaya termasuk ancaman binatang berbisa.
“Kami tak mampu nak besarkan anak, sekarang terpaksa juga keluar cari makan. Saya terpaksa buat kerja. Suami tukang rumah, walaupun dia tak kuat mana tapi jika ada orang panggil nak baiki rumah, dia akan pergi.
“Saya akan keluar bermotosikal bersama anak-anak untuk mencari pucuk paku, terutama di kawasan tebing sungai, parit ataupun dalam semak. Kalau bernasib baik, saya mampu menjual pucuk paku sebanyak RM20 sehari. Kalau tidak, hanya RM10 sehari,” kata Nurul Hamiza.
Katanya, pada bulan Ramadan ini, pendapatan mengutip pucuk paku sekurang-kurangnya dapat membantu keluarganya membeli lauk untuk berbuka puasa.
Nurul Hamiza berkata, sehingga kini pendapatan keluarga tidak menentu dan paling banyak sekitar RM800 hingga RM1,000 sahaja sebulan dan kadangkala tidak mencukupi sehingga menyebabkan keluarganya gagal membayar sewa rumah sebanyak RM200 sebulan selama dua bulan berturut-turut.
Tambahnya, soalan persiapan Hari Raya atau pembelian baju baharu sudah tidak terlintas untuk beberapa tahun.
Anak sulung mereka, Muhammad Razin Harith, belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang dan setiap hari hanya bawa rm2 ke sekolah, manakala tiga lagi belum bersekolah.
Terdahulu, keluarga Nurul Hamiza dikunjungi Kelab Media Kelantan Darul Naim yang bekerjasama dengan Hotel Grand River View menyampaikan sumbangan untuk bersahur serta barangan makanan bersempena program 'Kita Kongsi'.

0 ulasan:
Catat Ulasan