Jumaat, 25 Mei 2018

3 kondo mewah milik anak Najib, Tan Sri

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
3 kondo mewah milik anak Najib, Tan Sri

Polis mengesahkan dua daripada tiga unit kondominium mewah di tengah Kuala Lumpur yang digeledah baru-baru ini milik anak Datuk Seri Najib Razak, iaitu Nooryana dan Mohd Ashman.
Satu unit lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh, dimiliki seseorang yang bergelar Tan Sri.
Bagaimanapun identiti Tan Sri terbabit tidak didedahkan.
Amar Singh berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan sama ada kediaman mewah di Pavilion Residence itu mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri terbabit.
"Ia akan jadi sebahagian daripada siasatan. Saya rasa tidak wajar untuk saya mengatakannya sekarang," katanya.
Amar Singh berkata demikian dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Polis Bukit Aman menggeledah tiga kediaman mewah yang terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu
Hasil penggeledahan itu polis merampas 72 beg berisi wang tunai serta barangan berharga, selain 284 kotak beg tangan berjenama mahal.
Amar mendedahkan daripada 72 beg itu, 35 mengandungi wang tunai dalam 26 mata wang dengan nilai keseluruhan RM114 juta.
Nilai bagi barangan kemas serta jam yang terkandung dalam beg lain, katanya, belum disahkan.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: