loading...
Loading...
Perdana Menteri Pandu Kereta Sendiri Untuk Melihat Apa Terjadi Di Kuala Lumpur
Video Penuh Berada Di Bawah Artikel
Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta
Ini bukan kali pertama Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Mahathir memandu kereta sendiri. Beliau tidak menggunakan pemandu peribadi dan pada usia yang menjangkau 93 tahun beliau masih kuat dan boleh pandu sendiri.
Sebelum ini akhbar Sinar Harian ada membuat artkel tentang Tun Mahathir memandu kereta sendiri ke Pavillion, Kuala Lumpur.
Berikut adalah artikelnya.
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, menghabiskan hampir 45 minit, untuk memandu sendiri Proton Perdana miliknya ke Kuala Lumpur.
Difahamkan, bekas perdana menteri itu memandu dari rumahnya, untuk ke pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur.
Pegawai terdekatnya memberitahu, Mahathir memandu ke Kuala Lumpur untuk beriadah.
“Hari ini Tun M berpeluang memandu Proton Perdana milik sendiri setelah bertahun menyumbang idea.
“Beliau ke sana untuk menikmati masa santainya, sambil-sambil minum kopi dan pusing Kuala Lumpur,” kepadanya Sinar Online.
Dalam perjalanannya hari ini, Mahathir ditemani oleh dua orang pembantunya.
Mahathir merupakan pencetus awal kepada penubuhan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (Proton), ia ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit.
Kini syarikat Proton menjadi kebanggaan negara, apabila berjaya menghasilkan beberapa model reka bentuk asli dan beroperasi dalam sekurang-kurangnya 26 negara pada masa ini, majoritinya adalah di Asia.
SUMBER : SINAR HARIAN
MASIH LAGI MEMANDU SENDIRI
Walaupun sudah pun menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi pandu kereta sendiri dan paling penting sekali kereta yang dipandu beliau adalah kereta Nasional jenama Proton.
PM pandu sendiri kereta ke KL
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu sendiri Proton Perdana bagi memantau perkembangan terkini di sekitar Kuala Lumpur, pagi tadi.
Video tersebut dimuat naik Firdaus Abdullah di Twitter.
Ada komen netizen berasa kagum dengan Mahathir yang berusia 93 tahun masih cekap memandu di lorong paling kanan.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan