Jumaat, 18 Mei 2018

Baru Tahu! Begini Rupanya Pantang Larang Berfesyen Keluarga Diraja Britain

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Baru Tahu! Begini Rupanya Pantang Larang Berfesyen Keluarga Diraja Britain

Sebagai sebahagian daripada keluarga diraja adalah satu keistimewaan yang luar biasa, tetapi ia datang dengan banyak tradisi dan peraturan yang harus dipatuhi, tidak boleh melakukan perkara sesuka hati. Setiap perlakuan ada yang mempengaruhi bahkan pilihan fesyen mereka juga.
Ketahui antara protokol berfesyen yang mereka ikuti;
#1 Pemilihan busana pengantin memerlukan persetujuan Ratu Elizabeth. Ia adalah tradisi yang Ratu perlu luluskan sebelum ditetapkan. Terdahulu, Ratu Elizabeth memberi green lightkepada Kate Middleton dalam mengenakan gaun Alexander McQueen pada tahun 2011. Kini, dia akan memberi persetujuan terhadap gaun yang dipakai oleh bakal puteri Meghan Markle pada perkahwinannya 19 Mei ini.



Foto – Marie Claire

#2 Kuku berwarna tidak dibenarkan sama sekali. Setiap kali anda melihat Ratu Elizabeth atau Kate Middleton, anda mungkin dapat melihat warna kuku mereka sentiasa neutral, merah jambu atau nude sahaja.




Foto – Heart Radio

#3 Helah beg kepit sebenarnya bertujuan menutupi cleavage. Bunyi macam kelakar, tapi itulah yang diterangkan oleh pereka fesyen Anya Hindmarch. Pereka beg tangan Puteri Diana, Anya Hindmarch, sendiri memanggil rekaan khas Puteri Diana itu sebagai “cleavage bags”, berfungsi untuk melindungi dadanya dari jurugambar.



Foto – Daily Star

#4 Ratu Elizabeth menggunakan beg tangannya untuk menghantar mesej rahsia. Anda mungkin mendapati bahawa Ratu tidak pernah keluar tanpa beg tangan, dan itu kerana dia menggunakannya untuk menghantar isyarat. Sebagai contoh, apabila dia mahu meninggalkan majlis makan malam, dia hanya meletakkan begnya di atas meja membolehkan pembantunya mengetahui bahawa majlis akan berakhir dan dia ingin meninggalkan majlis.



Foto – Glamour

#5 Ratu Elizabeth hanya memakai pakaian yang terang-terang sahaja. Bukan sahaja Ratu Elizabeth bahkan Kate Middleton juga mengikuti protokol tersebut juga. Alasannya ialah mereka mahu menonjol dari orang ramai. Dalam sebuah dokumentari The Queen at 90, Sophie, Countess of Wessex menerangkan bahawa ratu perlu menonjol agar orang ramai dapat melihatnya biarpun dari jauh.



Foto – Popsugar

#6 Putera George hanya memakai seluar pendek. Dilaporkan, pemakaian seluar pendek oleh keluarga diraja, aristokrat dan golongan atasan yang masih kecil dan muda adalah satu tradisi turun temurun di kalangan mereka. Secara tradisi dengan peraturan yang ditetapkan, seorang budak lelaki golongan bangsawan akan terus memakai seluar pendek sehingga umurnya mencapai 8 tahun.



Foto – Harper’s Bazaar

#7 Keluarga diraja dikehendaki membawa persalinan hitam setiap kali keluar negara. Dengan cara ini, apabila mereka tiba semula di United Kingdom, mereka terus mengenakan pakaian sewajarnya jika berlakunya kes kematian. Terdahulu, Ratu Elizabeth berada di Kenya ketika bapanya meninggal dunia pada tahun 1952. Kerana tidak membawa sebarang pakaian hitam, akibatnya dia terpaksa menunggu di dalam pesawat (diberikan sepersalinan hitam) sebelum melangkah keluar.



Foto – Purewow

Sebenarnya banyak lagi, tapi ini beberapa pantang larang diikuti sehingga ke hari ini
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: