loading...
Loading...
BAGAIMANA POLIS DAPAT JUMPA BAYI PEREMPUAN INI DAN TANGKAP LELAKI NEPAL. INI CERITANYA:
Susulan penemuan bayi perempuan berusia 17 bulan yang dilarikan dari kediaman keluarganya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap, awal pagi tadi, polis telah menahan seorang lelaki warganegara Nepal berusia 25 tahun untuk membantu siasatan, lapor Harian Metro.
Suspek ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Polis Daerah Muar di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh kira-kira jam 8 pagi tadi bersama dengan sebuah telefon bimbit yang dilarikan dalam kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, hasil soal siasat yang dilakukan terhadap suspek kemudian membawa kepada penemuan mangsa yang ditinggalkan di satu kawasan tidak jauh dari rumah keluarga mangsa.
“Hasil daripada soal siasat yang kita lakukan akhirnya membawa kepada penemuan mangsa iaitu bayi perempuan berkenaan di satu kawasan belukar kira-kira satu kilometer daripada rumah keluarga mangsa kira-kira jam 3.45 petang.
“Mangsa yang dalam keadaan bersendirian kemudiannya diselamatkan oleh pihak polis dan kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya.
Pihak polis masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.
ALHAMDULLILAH DAPAT JUMPA
MASY’ALLAH, PENUH DENGAN KERENGGA. APA LA NASIB ANAK INI WAKTU ITU
Alhamdulillah! Dah jumpa Nur Aisyah
Seorang bayi perempuan dilaporkan diculik pada awal pagi tadi dari kediaman ibu bapanya di Sungai Terap, Muar, Johor telah berjaya diselamatkan.
Wakil keluarga yang juga ibu saudara mangsa, Fah Nur-Aini Syed Mustapha 36, merakamkan jutaan penghargaan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kecekapan pihak terbabit serta seluruh rakyat Malaysia yang turut bersama-sama mendoakan kesejahteraan Nur Aisyah.
Nur Aisyah Hasmizan kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Seorang kenalan ibu mangsa telah mengemaskini status mengenai penemuan bayi berkenaan dan mendapat reaksi gembira netizen.
“Allahuakbar..Alhamdulillah syukur pada Allah… Baby Diela Yusofe dah ditemui. Berkat doa org ramai 10 Ramadhan terakhir ni Allah makbulkan doa kalian baby selamat dijumpai. Baby sekarang dibawa ke Hospital Muar.
Terima kasih Allah. Terima kasih pihak polis dan rakan-rakan FB yang tak henti-henti share. Semoga Allah balas kebaikan korang.”
Dalam kejadian di kediaman keluarga itu di Sungai Terap, Muar, Johor, Siti Noorfadilah Yusofe, memaklumkan anaknya, Nur Aisyah Hasmizan, 1 tahun 5 bulan, didapati hilang ketika dia dan suaminya, Hasmizan Othman bangun pada waktu sahur.
Selain itu, dua buah telefon bimbitnya milik mereka jenama Oppo dan Vivo juga didapati hilang dipercayai diambil oleh individu yang menceroboh masuk kediaman mereka.
“Ya Allah Ya Tuhanku. Tolong panjangkan post ini sampai Aisya dijumpai. Bangun sahur, pintu dapur terbuka. Aisyah di sebelah hilang. Dua telefon bimbit juga hilang.
KERISAUAN IBU JELAS TERPAMPANG
SEKSA ANAK INI SUDAH BERAKHIR.. ALHAMDULLILAH
“Harta kau nak ambil, ambillah semua, tapi tolong pulangkan anak aku. Tolong sangat-sangat! Tolong viralkan post ini, tolong,” tulis Siti di Facebooknya beberapa jam yang lalu.
“Kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak berkuasa. Sementara itu juga, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan fitnah yang boleh menganggu siasatan polis dan ketenangan keluarga terbabit “ tulis Arif Sukor, yang merupakan abang saudara kepada Nur Aisyah.
S

0 ulasan:
Catat Ulasan