Khamis, 24 Mei 2018

Syed Saddiq Jadi Pelaris Ramadhan

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Syed Saddiq Jadi Pelaris Ramadhan

POPULARITI yang diraih Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, 26, kini dikatakan setanding selebriti terkenal apabila mendapat perhatian yang luar biasa daripada peminat semenjak bergelar YB.

Apa sahaja yang dilakukan Saddiq atau di mana sahaja dia berada pasti sahaja mencuri perhatian ramai terutamanya golongan wanita yang rata-ratanya menyenangi personaliti muda kelahiran Muar, Johor ini.


Disebabkan populariti tersebut jugalah, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan pengaruh Saddiq menerusi nama mahupun gambarnya sebagai tarikan untuk melariskan jualan barangan jualan mereka






Terbaharu, Saddiq menerusi laman Instagram dan Twitternya telah berkongsi beberapa keping gambar yang menyaksikan nama dan gambarnya digunakan sebagai pelaris.

“I should start charging these people. Terima kasih kepada rakan rakan yang kongsikan ini kepada saya. Moga rezeki bertambah. #MuoMutiaraJohor,” tulis Saddiq sebagai kapsyen pada gambar tersebut.

Ternyata Saddiq begitu sporting, malah dalam masa yang sama turut mendoakan agar rezeki pihak terbabit semakin bertambah.




Menerusi gambar yang dimuat naik, nama dan wajah Saddiq digunakan untuk jualan Ayam Percik Syed Saddiq, Nasi Tomato Harapan, Air Buah Fresh dan Cadar.

Apa pun diharapkan agar Syed Saddiq turut  mengambil langkah berjaga-jaga agar namanya tidak digunakan secara sewenang-wenangnya oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan negatif.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: