Rabu, 23 Mei 2018

Transkrip penuh sidang media Ketua Pesuruhjaya SPRM

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Berikut ialah transkrip penuh temuramah Mohd Shukri:

KUALA LUMPUR: Hari ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull telah mengadakan sidang media berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd.

Beberapa pendedahan Mohd Shukri melibatkan beberapa individu penting dalam siasatan skandal berprofil tinggi tersebut terus menjadi berita pilihan di portal-portal berita tempatan. 

Berikut ialah transkrip penuh temuramah Mohd Shukri:

"I want to see you cerita pengalaman i dalam siasatan kes personal 1MDB. Before i proceed I am gonna because, just now i got meeting dengan task force 1MDB, but don’t ask me about task force, we are going give you release statement, now we are preparing the press release so give to you after this, now they are preparing, ok.

Before i proceed with my experience semasa menyiasat kes SRC 1MDB 2.6 billion, On 14th may i was called by PM office untuk berjumpa dengan PM around 10:30am actually bila i sampai Yayasan Kempipinan Perdana, di situ telah terdapat Datuk Seri Mustafar Ali dan also Datuk Shaharuddin Khalid. Actually, I the first to turn accept the offer. We actually discussed among ourselves, our friends. Datuk Mustafar pun tak nak, i tak nak,  dato sharfuddin pun taknak, because macam I dah retired I dah merasa bahagia selepas retired.. Saya  ade sorang cucu, main dengan cucu,very cute my cucu, i love her very much.

So everybody was reject, jumpa PM one by one not by group ah. At first i want to tell Tun Dr Mahathir Mohamad I can’t accept the offer because first i rasa i dah bahagia hidup selepas retire yang kedua pasal dah tua, I rasa mcm itu and then Datuk Mustafar pun nak kasi pada i, i pun kata takpa lah we will make our plan how to convince Tun Dr Mahathir, bila i masuk saja Tun Dr Mahathir terus tanya i, do you accept my offer? besok kita start. So bila tanya tuan-tuan dan puan-puan my planned tak nak terima pun terus habis.

Aku nak kata apa ni, nak kata dah tua , dia lebih tua daripada aku, nak kata i ni dah retired dia dah retired lama daripada i lagi. So i dah start thinking how nak bagi jawapan yang sesuai and i pun dah tidak ada idea. You know bila berdepan dengan Tun Mahathir you susah nak jawab. bila you looking at old man 93 years old working for the nation so takkan i jauh lebih muda dari dia nak kata no. So i said, Tun i accept but with one conditions, so i letak syarat itu i rasa bersalah.

Okay, I accept the job but i come back untuk finish my unfinished job, faham tak? Untuk selesaikan tugas saya yang belum selesai. Okay Tun kata, i will consider no problem and then okay lah. Bila Datuk Mustafar masuk dia keluar dia masuk, dia bagitahu saya Tun M bagi Datuk Shukri terus, dato sharfuddin pun cakap benda yang sama, that’s why saya ditawarkan. If reporters tanya are you happy to accept the offer, i ckp terus terang i tak happy. But i take this as responsibility untuk negara. I terima jawatan ini demi negara.

Sebab pengalaman saya alami tuan-tuan dan puan-puan dalam kes SRC personal 1MDB amat menakutkan senang cerita apa yang berlaku saya tak nak ikutkan hati sebab tu saya seolah-olah macam takut nak balik ke sini tetapi kerana tengokkan Tun Mahathir yang masih semangat umur 93 tahun masih mahu bertugas kepada negara, saya beranikan diri untuk mengambil jawatan ini. Tuan-tuan dan puan-puan bila Tan Sri Abu Kassim meminta saya memulakan siasatan pertama kes … personal pada bulan Julai,2015 dia kata “Shukri open this file and investigate kes 40 juta that was deposited into the former prime minister account” so saya kata tan sri i will do. Sama ada our former PM at that time sama ada PM akan keluar atau kita dua akan keluar.

Paham dak, u faham tak maksud saya, maksudnya sama ada masa tu PM akan kena tindakan ataupun kita dua yang dikenakan tindakan. Tan Sri kata no problem takpa kita buat untuk negara, we do it for our nation. Okay sepanjang siasatan dibuat kami pada masa itu menghadapi tekanan yang kuat, saksi-saksi kami dilarikan, saksi-saksi yang di kawasan pun di ambil oleh autoriti lain untuk ditanyakan apa yang diberikan pada SPRM dan saya sendiri diugut untuk dipecat, diminta untuk bersara awal dan diminta untuk bercuti awal dan diugut diposkan saya di sana sebagai latihan tapi i thanks very much to my friend, big boss pada masa itu, Tan Sri Abu Kassim because he stands behind me, dia support me, he said no whatever happen i dengan Shukri akan pertahankan kes ini. So kalau nak buang, buanglah kami berdua, 

Di akhir-akhir siasatan saya semasa saya berjumpa dengan Tan Sri Abdul Gani Patail pada hari Isnin hari dia dipecat Selasa saya tak ingat tarikh dia, Tan Sri Gani Patail menerima surat pada 27 Julai. ingat ... 27 Julai, em bila Tan Sri Gani Patail dipecat pada 27.7 sebenarnya saya dah berjumpa dan Tan Sri pada 26 Julai hari Isnin di pejabat Tan Sri pada pukul 6 petang.

Tan Sri tanya saya, “are you ready” so as senior prosecutor saya dah faham are you ready because on Rabu we are going to exacuate, so i told Tan Sri,yes im ready, i dah standby dengan orang-orang i. But tommorow tuesday when i was meeting in Kuala Lumpur, I received news that Tan Sri Gani Patail had been terminated back pada 26 hb Isnin.

Apabila tan sri dipecat pada 27 Julai lepas itu saya dapat maklumat bahawa saya akan ditangkap dan dilokapkan kerana dituduh sebagai konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan saya ni siapa saya ni seorang pegawai, pejuang rasuah bukan nak menjatuhkan kerajaan apa kuasa saya untuk menjatuhkan kerajaan.

Saya dapat maklumat dari kawan-kawan terdekat saya bahawa saya akan ditangkap. Tuan-tuan dan puan-puan pada 31 hb berlepas ke Washington pada masa yang sama saya viralkan cerita saya akan ke Arab Saudi menyebabkan pihak autoriti berkenaan telah raid berkenaan tentang saya di Jeddah bermakna jika saya masuk di Jeddah saya akan ditangkap di sana.

Jadi saya ke Washington sampai di Washington pun ada orang ikut saya, dan saya ambil gambar saya dan ada team saya di Amerika Syarikat (AS) ambil gambar dan team dari AS tu sempat ambil gambar dan hantar kepada Datuk Azam Baki dan cari pegawai yang bijak untuk ikut saya sebab pegawai ni bodoh sbb ikut saya.

I rasa tak safe di Washington, I lari dari Washington ke New York menaiki kereta api non-stop, di New York saya ke Jabatan Polis New York kerana kebetulan di sana terdapat kawan saya ketika betugas di Singapura saya diberi pelindungan di sana. Kemudian keadaan selamat balik saya balik semula ke Washington. Di Washington saya menerima berita pegawai saya ditangkap dan dua pegawai kanan saya ditukarkan ke KDN iaitu Datuk Bahari dan Datuk Rohaizat.

For your information Datuk Bahari ditukar balik ke SPRM, bukan saya yang minta dia balik tetapi PM yang arahkan dia balik, saya pun tak tahu dia turut dipanggil berjumpa PM.

Di Washington saya diterangkan pegawai ditangkap dan Datuk Bahari dan Datuk Rohaizat ditukarkan. Datuk Bahari take charge case SRC international dan Tan Sri Abu Kassim di hospital sedang sakit di hospital. Masa tu saya di Washington saya menangis macam budak-budak sebab saya sayangkan SPRM, saya rasa bersalah at that time anak buahh kena tangkap kene tukar , saya lari ke USA. So saya menangis di depan Mat Salleh di sana. 

Tapi kami berdua dituduh sebagai konspirasi dan pembelot so bila di Washington tetapi apa yang saya lakukan saya tak fikirkan diri saya tetapi saya fikir pasal SPRM dan anak-anak buah saya.

Jadi saya Whatsapp kepada dua org menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Paul Low Seng Kuan saya tulis dalam itu dan ugut mereka berdua, please return my officers as soon as possible kalau awak tak return saya balik Malaysia nanti I will use my power with lawyers saya akan bongkarkan memang itu yang saya hantar kepad Shahidan dan Paul Low.

Saya betul sayangkan negara dan alhamdulillah Datuk Seri Shahidan Kassim kata brother you jangan buat apa-apa let me settle, saya promise untuk hantar balik officers you, Paul Low pun respond kata Datuk Seri i’ll do my best untuk return your pegawai balik. I cakap kat menteri i tak mahu kene promise, i taknak kena promise, i am not worth it promise i kata i nak you buat segera, i nak you balikkan segera pegawai saya, sebelum i balik, you know what happen kalau tak return.

I balik i akan buat sesuatu yang mengejutkan i akan, i arrest yang transfer, i will arrest sape pegawai yang keluarkan surat transfer i classiffied kan dia sebagai abuse of power, menghalang siasatan SPRM, saya tahu kesan dia besar kepada saya. Saya tahu saya akan dibuang saya akan ditangkap saya akan di apa-apakan but at that time tetapi i forget everything sebab saya buat untuk negara.

So bila dah balik ke sini saya jumpa dgn KSN dan hari yang sama dia hantar balik dua orang pegawai ini. Walaupun ugutan demi ugutan diterima kami tak pernah berputus asa, kami berdua orang berpecah dan berjumpa dengan berapa ramai menteri saya jumpa berapa menteri dan Tan Sri Abu Kassim jumpa dengan beberapa menteri sebab kami nak yakinkan kepada menteri kes 2.6 bilion dan 42 juta execptional adalah kes yang benar bukan kes rekaan.

Saya cakap please pada menteri, Tan Sri Abu Kassim cakap pada menteri buang orang ni gantilah dengan orang lain kalau sayangkan negara. Buang Datuk Seri Najib ganti orang lain ganti Datuk Seri Ahmad Zahid ke, ganti Datuk Seri Hishammuddin ke appoint another person jadi PM.

Dalam ramai-ramai menteri yang kami jumpa hanya tiga orang menteri sahaja berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal and Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan semua takut nak ambil tindakan.

Sekarang semua menteri apabila jatuh dah kerajaan, menteri yang saya jumpa dulu telefon saya,  “Shukri kalau i dengar cakap you dulu, takkan jadi macam ni” saya cakap dengan menteri dulu, saya tak da apa-apa kepentingan, saya bukan mintak duit, bukan saya mintak jawatan, saya cakap benda yang benar supaya kita perbetulkan keadaan sebelum terlambat because this 2.6 bilion bukan cerita rekaan this is true story dan kes itu too big untuk di protect tak boleh nak protect.

Memandangkan usaha kami berdua tak berjaya sampai setakat tu je, kami dua sayangkan negara, kami berjumpa dua kali dengan Majlis Raja-Raja, kami kata please Tuanku tengok benda ni tuanku kalau kita sama-sama sayangkan negara tolonglah tengok benda ni tetapi kami berdua hampa.

Dan akhirnya tuan-tuan dan puan-puan bila di akhir-akhir perkhidmatan saya kami berusaha bersungguh-sungguh kerana selepas saya pergi ataupun tan sri pergi untuk meletakkan Dato Seri Mustafar Ali sebagai pengganti saya.

Tapi akhirnya kami dah dengar desas desus dua ke tiga bulan sebelum tu bahawa Datuk Dzulkifli Ahmad daripada pejabat peguam negara akan datang ke SPRM so kami berusaha bersungguh yakinkan PM ambillah Datuk Seri Mustafar untuk mengambil alih kalau pun dah tak suka KP because im leaving by October at that time, but lebih kurang sebulan awal bulan 7 memang confirm Datuk Dzulkifli akan datang so Tan Sri Abu Kassim tak ada pilihan memang dia diarahkan untuk keluar , dia keluar ke UiTM.

Saya diarahkan Datuk Seri Dzulkifli akan datang pada bulan 8, 1/8 saya retire bulan 10, saya tiada masalah bekerja di bawah dia, saya tidak memandang dia sebagai pengkhianat negara. Seorang DBP sepatutnya dia mesti buat make case stronger bukan untuk protect pesalah sepatutnya dia mengkaji kes dan menasihatkan SPRM apa lagi bukti-bukti untuk menguatkan kes bukan untuk protect pesalah and then bila datang sini dia study kes, dia dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM, ini satu pengkianatan yang besar.

Saya tak kan bekerja di bawah pengkianat sbb itu saya buat permohonan berhenti awal. Saya pergi tuan dan puan-puan tahu saya ambil kursus apa, saya ambil kursus bahasa arab, kursus bahasa arab asalkan saya dapat keluar dari SPRM.

And then dalam proses itu tuan-tuan dan puan-puan ada ahli parlimen dua kali jumpa saya yang minta stop the investigation dia tanya saya, “you nak apa, i nak satu je let we finnish this investigation. Kali kedua datang, cakap please Datuk, kes ni kita kira settle lah, you nak apa, dan I cakap sekali lagi you ckp I will arrest you.

This ahli parlimen dari utara yang terkenal sebagai cash of king. So itulah tuan-tuan dan puan-puan yang saya rasa sedih sangat saya dan Tan Sri Abu Kassim dituduh sebagai pembelot dan konspirasi untuk menjatuhkan negara sedangkan kami berjuang bersungguh-sungguh kerana kami sayangkan negara, nak ambil balik dan US dah promise nak bagi duit balik kepada Malaysia but itu pun dikira sebagai pengkianat.

Saya tak pernah cerita dekat anak buah saya, saya tak pernah cerita dekat anak bini saya, sebab saya takut mereka takut dan anak buah saya diperolokkan saya simpan, report polis pun saya tak buat sebab saya tahu report polis saya akan viral saya simpan sampai saya rasa akan ada satu masa saya akan bercerita rupa-rupanya Allah SWT beri peluang pada hari ini saya akan bercerita mungkin tuan-tuan dan puan-puan tertanya kenapa saya silent, kenapa saya silent bila saya bersara kenapa saya tak berani bersuara macam orang lain, Datuk Bahari berkata, Datuk please stand up, caka apa yang berlaku, kita masuk lokap pun takpa kena OSA pun takpa, saya cakap kepada datuk kita takkan berjaya macam itu, kita akan berjaya pada hari pertama ditangkap lepas tu orang Malaysia mudah lupa, kita kena buat benda yang lebih strategik supaya benda yang kita ada ni kita boleh sampaikan kepada rakyat.

Satu tahun 6 bulan saya sampaikan apa yang saya ada kepada rakyat dari segala group kecil , segala group whatsapp dan saya rasa beribu-ribu mesej yang saya sampai kepada rakyat dan memang ramai yang dapat.

Saya jumpa orang beritahu dan cara ni lebih berkesan dari cara lama, cara yang lebih terbuka dan alhamdulillah rakyat faham senang rakyat faham apa itu 2.6 billion, ini cerita rekaan semata-mata ni siapa nak bagi 2.6 billion siapa yang nak bagi bukan 2.6 million, kalau 2.6 juta boleh percaya lah Datuk seri tetapi 2.6 billion saya ingat tak da lagi dalam duia ni seorang perdana menteri ada orag mudah-mudah nak bagi 2.6 billion, too big.


loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: