loading...
Loading...
Adik beradik Najib nafi harta peninggalan Tun Razak
Empat adik beradik Najib dari keluarga Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hari ini menolak cakap-cakap tentang peninggalan harta perdana menteri kedua Malaysia itu dengan mengatakan Allahyarham seorang yang berjimat dan berintegriti. – Gambar The Star
oleh The Malaysian Insider | 25 Feb, 2015
Kenyataan dikeluarkan beberapa hari selepas laporan The New York Times memetik kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri yang mengatakan kekayaan Datuk Seri Najib Razak datang daripada peninggalan keluarganya, selepas laporan mengatakan anak tirinya membeli hartanah mewah di New York, Amerika Syarikat (AS).
“Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak,” kata keluarganya dalam kenyataan yang ditandatangani anak- anak bekas perdana menteri itu – Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir.
Najib merupakan anak sulung kepada Razak.
“Kami ingin menyatakan secara rasmi yang Tun Abdul Razak seorang yang berprinsip, dikenali ramai dengan sikap berjimat dan integritinya, dan mana-mana kenyataan yang mencadangkan sebaliknya adalah palsu dan menyalahi memori dan khidmatnya serta pengorbanannya kepada negara.
“Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya.
“Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini,” tambah mereka dalam kenyataan 3 perenggan dikirim kepada The Malaysian Insider malam ini.
Low membeli apartmen mewah di New York berharga US$33.5 juta (RM122 juta) dan rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta dalam bentuk wang tunai, bagi pihak Riza, lapor akhbar AS itu.
Laporan itu juga mengatakan Najib diserang teruk dengan berita tentang isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang berbelanja boros membeli barang kemas dan beg tangan berjenama.
Laporan itu berkata Najib “yang berpendapatan lebih kurang $100,000 (RM360,000) sebagai perdana menteri, diserang hebat oleh media tentang laporan perbelanjaan mewah isterinya.”
Ia juga menimbulkan gambar Rosmah menggunakan 9 beg tangan Birkin yang berbeza, yang selalunya bernilai antara US$9,000 dan US$150,000 setiap satu.
Isu harta peninggalan keluarga Najib mula timbul apabila akhbar itu yang menunjukkan invois serta dokumen lain sebagai bukti pembayaran untuk barang kemas Rosmah dan meminta jawapan dari Pejabat Perdana Menteri.
Laporan itu memetik Pejabat Perdana Menteri berkata: “Wang yang dihabiskan dalam pelancongan, pembelian barang kemas, dan kandungan peti besi mana-mana pun semuanya tidak luar biasa bagi seseorang dengan kedudukan perdana menteri dengan tanggungjawab dan aset warisan keluarga.”
Artikel tersebut menyebabkan ahli Parlimen DAP Tony Pua mempersoalkan punca kekayaan Najib, kerana ayahnya Tun Razak terkenal dengan sifat berjimatnya.
Pua mendesak perdana menteri mengisytiharkan asetnya serta menjelaskan perbelanjaan keluarganya dengan barangan dan hartanah mewah dan menambah Presiden AS juga terpaksa mengisytiharkan aset serta perbelanjaan keluarganya setiap tahun di bawah undang-undang negara polis dunia itu. –
Sumber The Malaysian Insider
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan