Khamis, 17 Mei 2018

Sahabat rapat kecewa tak dibenar jumpa Najib

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Sahabat rapat kecewa tak dibenar jumpa Najib

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa dirinya sebagai sahabat rapat Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dia tidak dibenarkan berjumpa dengan bekas perdana menteri itu di Langgak Duta, Taman Duta 11.30 pagi tadi.

Beliau yang dikenali sebagai Abdul Rahim Abdul Rahman, 65, berkata dia merupakan sahabat atau rakan kenalan rapat politik bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

Katanya dia datang untuk bertemu dengan Najib dan memberi kata-kata semangat dan sokongan moral kepadanya dalam mengharungi situasi semasa.

“Saya kecewa kerana tidak dibenarkan masuk, kami sekitar 3 hingga 4 orang merupakan  sahabat kenalan Najib mahu bertemu beliau tepi dilarang oleh pengawai polis.

“Apa kesalahan dia, adakah dia mencuri wang, kalau betul patut tangkap sekarang, kenapa dilayan (tahan dalam rumah) begini.

“Saya kali terakhir berjumpa dengan Najib ialah sembahyang Jumaat bersama di masjid minggu lalu.Dia seorang yang kuat dan mempunyai prinsip kehidupan yang sangat kuat dengan hati yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi di sini.

Malah katanya dia tidak boleh bersetuju dengan  tindakan dan layanan kerajaan Pakatan Harapan dalam negara berdemokrasi sebegini.

Lagipun katanya, beliau berhajat berjumpa Najib atas kapasiti sebagai individu biasa dan bukannya sebagai ahli politik mana-mana parti. 
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: