Isnin, 11 Disember 2017

“Memang Saya Ayahanda PEKIDA, Tapi Bukan Gangster” – Datuk Awie Buka Mulut Sejarahnya Dengan PEKIDA

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
“Memang Saya Ayahanda PEKIDA, Tapi Bukan Gangster” – Datuk Awie Buka Mulut Sejarahnya Dengan PEKIDA

Di sebalik gemerlapan dunia hiburan, penyanyi dan pelakon, Awie, yang kini berpangkat Ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), terpalit dengan kontroversi apabila dicop kepala samseng ala kongsi gelap yang dinamakan Kumpulan Naga.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 40, dikatakan menuntut layanan istimewa ala kepala gengster, selain mengutip wang keahlian RM3,600 bagi setiap ahli baru.

Penyanyi rock yang mencapai kegemilangan bersama kumpulan Wings pada lewat 1980-an itu dikaitkan dengan kegiatan samseng, memakai baju lambang naga bersama ahli kumpulannya serta berlagak seperti ketua kongsi gelap apabila duduk di kerusi besar ketika bermesyuarat manakala ahli lain perlu berdiri.

Malah, kedudukan beliau sebagai Ayahanda dalam Pekida juga dipertikaikan oleh sesetengah pihak.
Bagi mendapatkan kepastian terhadap dakwaan itu, Metro Ahad menemui pelakon watak antagonis filem Antoo Fighter yang kini ditayangkan di pawagam, sekali gus buat pertama kalinya Awie mendedahkan pada umum mengenai pembabitannya dalam Pekida.
Ikuti penjelasan Awie kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN.


“JANGAN fitnah saya begini, saya bukan orang tepi jalan. Saya dah okey. Saya memilih menyertai Pekida untuk mengajar saya menjadi penyabar.

“Di bawah majlis saya, saya dilantik sebagai ayahanda pengerusi di Ukay Perdana.
“Apa yang kita lakukan, kita menjaga kebajikan jemaah, daripada segi silaturahim, ekonomi dan kebajikan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

“Orang kata saya samseng, saya tak akan cakap apa. Perbuatan lebih logik daripada bercakap. Orang boleh cakap apa saja.

“Saya akan buktikan dengan cara saya, bukan dengan cakap saja. Biar semua orang di bawah (ahli Pekida) dapat informasi sebenar.

“Saya terkejut dapat berita ini. Saya sudah tunjukkan dan buktikan saya tidak terbabit dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan.
“Saya tidak tahu bagaimana boleh timbul dakwaan saya ketua kumpulan Dragon (Naga),” katanya.

Awie turut mengandaikan namanya dikaitkan sebagai kepala Kumpulan Naga kerana dulu beliau pernah menyertai kelab motosikal, Dragon Malaya.
“Apabila terpaut dengan nama ini (Naga), saya ambil kesempatan pakai nama itu buat kumpulan bersama Man Kidal, Yan dan Jojet. Selepas itu keluar pula (album Wings) Naga Keramat.

“Apa salah orang nak pakai naga. Di merata tempat ni orang pakai lambang naga untuk pelbagai tujuan.
“Saya orang paling taat (Pekida). Saya ikut apa saja yang saya belajar. Saya tak pernah lari daripada kebenaran,” katanya..
Awie menjelaskan, dia menyertai Pekida di atas hasrat untuk bersatu padu dalam satu pertubuhan Melayu yang memperjuangkan hak dan kebajikan di atas nama Islam.
“Saya duduk dalam Pekida nak bersatu dengan orang Melayu, bukan nak menghancurkan.
“Macam mana dia (pihak berkenaan) boleh cakap saya duduk macam raja (duduk di kerusi khas dan orang lain perlu berdiri).
“Ini semua tidak betul. Tidak pernah saya buat macam tu. Gila ke?
“Apa yang dikatakan saya duduk di kerusi besar, kepala gengster? Saya pakai topeng pun orang kenal, itu Awielah. Gila saya nak buat!” katanya.
Menceritakan sejarah pembabitannya dengan Pekida, Awie berkata, dia mula menyertai Pekida pada 2001 dan bermula dari bawah hingga dilantik sebagai Abang Long dan Ayahanda.
“Saya dinaikkan oleh Majlis Tertinggi pada 2004 sebagai Ayahanda.
“Saya tolak pada mulanya, tapi kerana hormat pada Ayahanda Haji Malik Ranting dan Ayah Pa, saya terima.
“Saya ada watikah (pelantikan sebagai Ayahanda) dan saya boleh buktikan. Saya tak pernah minta dengan sesiapa,” katanya.
Awie berkata, sebagai artis, lingkungan kehidupannya adalah di kelab malam dan pentas, namun apabila menghadiri majlis tertentu anjuran Pekida, beliau amat berdisiplin.
“Saya boleh buktikan dengan gambar, aktiviti yang pernah saya lakukan. Saya terbabit dengan aktiviti kebajikan anak yatim, membantu sekolah agama di Johor.
“Adakah pihak berkenaan (yang menuduh) ambil peduli atau membantu semua ini?
“(Dakwaan) itu memfitnah dan menganiaya saya. Bagaimana orang boleh berkata mengenai saya, sedangkan saya tak pernah jumpa mereka seumur hidup.
“Mereka tak tahu apa gerakan dan aktiviti yang saya lakukan selama bersama Pekida,” katanya.
Menurut Awie, beliau teraniaya dengan pelbagai fitnah hingga pernah ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan pelakuan jenayah.
“Hidup saya memang teraniaya dengan benda-benda macam ini.
“Pernah satu ketika saya diambil pada jam 1 pagi oleh polis kerana 10 orang yang ditahan di lokap ‘petik’ (kaitkan) nama saya.
“Saya tak kenal pun siapa mereka. Apabila saya jelaskan keadaan sebenar, baru saya dilepaskan dan polis pun faham.
“Ia menjadi tanda tanya kenapa mereka ‘petik’ nama saya.
“Kalau betul tuduhan yang dilemparkan kepada saya, saya sanggup koyak kad keahlian. Selama ini saya dikenali pun bukan kerana Pekida.
“Saya selesa dengan hidup saya. Saya sayangkan Pekida. Kalau pentadbir (Pekida) tidak okey, saya masih dengan Pekida. Namun dengan cara dan permainan saya.
“Kalau orang kata Pekida jahat, saya kata tidak.
“Inilah pertubuhan yang menyatukan anak Melayu. Kalau nak mempolitikkan NGO, inilah jadinya,” katanya.
Berhubung dakwaan bahawa beliau meminta diberi penghormatan layanan berstatus Ayahanda sebagai syarat menghadiri Perhimpunan Agung Pekida Ke-15, Awie berkata:
“Memang saya Ayahanda, apa mereka cerita? Mereka gila ke apa?
“Saya masuk Pekida kerana jalan ini yang saya suka. Mereka memburukkan saya untuk mencari nama dalam Pekida, mereka ini dayus.
“Kenapa tak berdepan dengan saya? Kenapa mesti memfitnah?
“Saya tak pernah buat permintaan itu. Lan Gajah (Pengerusi Pekida Daerah Bukit Bintang, Roslan Dahaman) yang telefon saya, tetapi saya tak dapat nak pergi.
“Dia (Lan Gajah) tawarkan untuk bawa wakil sebagai ahli keselamatan.
“Ketika itu saya tak dapat hadir kerana ada di luar kawasan.”
Awie berkata, beliau berpegang pada amalan berbaik dengan semua orang dan menjauhi penganiayaan terhadap hidup orang serta jangan menyusahkan hidup orang.
“Kalau baik dengan orang, orang akan bantu kita dan dari situ datangnya ekonomi. Kalau kita hidup susah, adik beradik lain akan membantu.
“Kalau seorang bagi seringgit, 10 orang sudah 10 ringgit, kalau 100 sudah 100 ringgit.
“Jadi, ekonomi kita dapat dibantu kalau dalam keadaan terdesak.
“Apa yang diminta Allah di akhirat nanti adalah kebajikan kita.
“Kita ada sekolah agama yang dibantu, ahli majlis bersatu. Anak yatim yang patut diraikan, kita raikan,” katanya.
Sumber : Metro


‘Tiga Line’ dari kaca mata pengkaji

Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) atau lebih dikenali sebagai Tiga Line antara NGO Melayu yang sangat terkenal dan mempunyai anggotanya di seluruh pelosok Malaysia.

Tetapi siapakah mereka, daripada mereka datang dan apa peranan mereka dalam masyarakat?

Persoalan itu dirakam oleh pengkaji Perancis Sophie Lemiere ( kiri ) yang cuba memahami daripada dalam jaringan Pekida di Malaysia dalam buku terbaru suntingannya Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People.

Malaysiakini menyimpulkan dapatannya daripada bab berjudul “Gangsta & Politics in Malaysia” (Samseng dan Politik di Malaysia) kepada 13 soalan lazim.
1. Bagaimana Pekida bermula?

Menurut artikel dalam jurnal Asian Almanac pada 1978, ia bermula sebagai Tentera Sabilullah, yang disifatkan sebagai “organisasi jenayah” berasaskan agama yang dibubarkan pada tahun tulisan itu diterbitkan.
Ia kemudian digerakkan kembali oleh anggotanya sebagai Pekida dan Angkatan Sabilullah.

Angkatan Sabilullah dibubarkan oleh kerajaan selepas dituduh menjadi kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan PAS.
Untuk pengkaderan, anggotanya diberitahu ia ditubuhkan selepas rusuhan kaum Melayu-Cina pada 13 Mei 1969.

Lemiere bagaimanapun percaya perkara itu cuma mitos.

2. Kenapa Pekida digelar juga Tiga Line?
Nama Tiga Line merujuk kepada tiga jalur bendera Pekida iaitu merah (bermaksud darah atau kesetiaan), kuning (raja) dan hijau (Islam).

3. Siapa ahli Pekida?
Anggotanya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat daripada peringkat bawahan kepada golongan elit atasan, termasuk ahli politik, ahli perniagaan, pegawai kerajaan, pegawai tentera malah artis.
Ia terbuka untuk 17 tahun ke atas. Tidak ramai perempuan menyertai kumpulan
itu atau mengambil bahagian dalam tindakan politik yang dibuatnya.

4. Siapa pimpin Pekida?
Sejak kematian PLB (“yang namanya tidak boleh disebut kepada umum”) pada 2006, pengikutnya yang digelar “paduka” mendakwa menjadi pewarisnya.
Ia menyebabkan wujud krisis kepimpinan dan wujud kumpulan serpihan seperti geng 77 (sebut: double seven) dan 36, yang mempunyai subkumpulan menggunakan nama lain serta logo seperti harimau dan naga.

5. Bagaimana hierarki Pekida?
Ia bermula daripada ahli biasa kepada pangkat “abang” dan kemudiannya “ayah”.
Terdapat empat peringkat abang, iaitu abang kawasan, abang cik, abang ngah dan abang long.
Peringkat lebih atas ialah kekanda, kemudian ayah atau ayahanda dan seterusnya paduka.

6. Adakan Pekida sebuah kumpulan samseng?
Pekida mempunyai dua bentuk iaitu entiti sah dirujuk sebagai “putih” dan kumpulan samseng bawah tanah digelar “merah”.
Menurut Bernama , Kementerian Dalam Negeri dalam kempen pembasmian kongsi gelap tahun lalu mendedahkan, terdapat dua kumpulan aktif Melayu, yang merupakan pecahan daripada Pekida.

Jawapan rasmi Pekida, bagaimanapun, menafikan mempunyai kaitan dengan aktiviti haram.

“Tidak semua anggota putih aktif dengan merah, seseorang itu boleh menjadi aktivis NGO itu tetapi tidak terlibat dengan samseng.
“Dengan kata lain, tidak semua anggota Pekida terlibat dalam aktiviti jenayah tetapi ramai juga yang melihat kepada peluang perniagaan daripada jaringan besarnya.”

sumber : Malaysiakini
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: