Ahad, 20 Mei 2018

"Dah Lama Terputus Hubungan" - Luahan Bapa Saudara Datin Seri Rosmah Mansor

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
"Dah Lama Terputus Hubungan" - Luahan Bapa Saudara Datin Seri Rosmah Mansor

Ingatkah kalian, sebelum sekitar 10 tahun yang lalu,  ada video viral yang mengaitkan Rosmah dengan keluarganya.

Merusi beberapa klip video, ianya sudah dutonton hampir 2 juta kali oleh pengujung laman YouTube.

Video itu menjadi viral kerana pelbagai dakwaan dibuat ke atas Datin Seri Rosmah Mansor. 
Ianya sama seperti dakwaan anaknya iaitu Azreen, isteri kepada Fazley Yaacob.

Ini laporan dari Sinar Harian tentang isteri kepada Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Bapa saudara kepada Datin Seri Rosmah ada menyatakan dia sudah lama terputus hubungan dengan wanita itu.

"Dah lama kami terputus hubungan" - itu luahan satu-satunya bapa saudara Datin Seri Rosmah Mansor.

Bapa saudara Datin Seri Rosmah ini bernama Mustafa Katas yang kini sudahpun berumur 85 tahun.

Pak Cik Mustafa kini masih tinggal dan menetap di Kampung Tanah Datar, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan.

Mustafa merupakan adik bongsu kepada ayah Datin Seri Rosmah iaitu Allahyarham Mansor.

Pada umur 85 tahun, bagaimanapun ketika ditemui, Pak Cik Mustafa sudah mengalami masalah ingatan atas faktor usia.

Beliau kini di dalam jagaan isterinya, Saodah Kassim yang sudah berumur 79 tahun.

Dalam kenyataannya,  dikatakan sejak Datin Seri Rosmah menjadi wanita nombor satu negara dengan berkahwin Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sudah tidak lagi pulang serta menjenguk mereka sekeluarga di kampung.

Ini kenyataan pak cik Mustafa:

"Tak kisahlah... pak cik tetap juga pergi keluar mengundi... kalau ada terjumpa Rosmah di mana-mana sebelum terputus hubungan tu, Rosmah ada juga hulurkan pak cik duit sedikit... sekarang dah tak pulang-pulang lagi... dah tak ada apa-apa lagi"

Bagi isteri pak cik Mustafa iaitu Puan Saodah, walaupun tidak dikenalkan sebagai ibu saudara kepada Datuk Seri Najib semasa menghadiri majlis kenduri di rumah ibu bapa Rosmah di Gedung Lalang, Seremban suatu masa dahulu, dia tetap merasa selesa dengan DS Najib berbanding anak buahnya DS Rosmah.

Ini katanya:

"Masa Rosmah berkahwin dengan suami pertamanya ada juga pulang ke kampung dan menjenguk kami beberapa kali.  Lepas dah kahwin dengan Najib, langsung tak pernah datang lagi," 

Itulah laporan dari Sinar Harian tentang satu-satunya pak cik kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebelum ini, ada juga laporan pada tahun 2015 dari Kini TV tentang 'adakah hubungan Datin Seri Rosmah dan adik beradik Najib razak yang lain mempunyai masalah.

Ini videonya:

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: