Sabtu, 26 Mei 2018

Najib Tak Dengar Kata

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Najib Tak Dengar Kata


Ibrahim Ali mendakwa pernah menegur bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan pimpinan UMNO supaya  tidak menyerang peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto Free Malaysia Today

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mendedahkan teguran yang dibuat kira-kira dua tahun lalu itu bagaimanapun ternyata tidak diendahkan Datuk Seri Najib sehinggalah Umno kalah PRU14 dan kerajaan bertukar dari Barisan Nasioanl ke Pakatan harapan.

“Semasa saya jumpa beliau dua ke tiga tahun dulu di mana 1MDB sudah meletup, apabila beliau sebut bahawa Tun Mahathir mengkritik beliau mengenai 1MDB, saya nyatakan kepada beliau Datuk Seri sendirilah yang selesaikan.

Cuma saya cakap saya beritahu supaya beritahu pemimpin-pemimpin UMNO dan orang sekeliling supaya jangan serang peribadi Tun Dr Mahathir,” katanya dipetik Astro AWANI dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa.

Ibrahim menjelaskan bahawa indakan menyerang Tun Dr Mahathir seolah-olah mengulangi kesilapan yang dilakukan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Semasa zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Mahathir ada membuat teguran, kemudian akhirnya Tun Mahathir dipinggir dan beliau diserang bertubi-tubi pada waktu itu dan kini Datuk Seri Najib mengulangi perkara yang sama,” ujarnya.

“Teguran sepatutnya dibuat seperti budaya kita orang Melayu, bukan semberono saja. Keadaan tidak berubah (seperti zaman Tun Abdullah) kerana bertubi-tubi serangan dibuat ke atas Tun Mahathir.
“Saya jumpa Menteri-menteri ketika itu, saya pun ada sebut jangan maki hamun Tun Mahathir kerana ia akan mengundang kemusnahan,” jelasnya.

Ibrahim berkata, Najib lupa bahawa rakyat melihat jasa Tun Mahathir tidak terbilang kepada negara.

“Ada menteri yang cukup angkuh, biadap, sombong dan tidak segan serang Tun Mahathir yang menyebabkan ramai marah kepada UMNO dan menolak parti itu pada PRU14,” jelas beliau lagi.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: