Jumaat, 25 Ogos 2017

Kecoh Pula Abang JPJ Seiras Putera Mateen

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Kecoh Pula Abang JPJ Seiras Putera Mateen

Nama Putera Abdul Mateen terus menjadi buah mulut dan perhatian rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan wanita.

 Pewaris takhta diraja Brunei keenam itu semakin menjadi fenomena selepas kemunculannya dalam temasya Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mewakili skuad polo ekuestrian Brunei.

 Ketampanan wajah di samping memiliki tubuh yang sasa telah membuatkan hati ramai wanita di luar sana cair sehinggakan rakaman video memaparkan putera raja itu diserbu peminat di Taman Ekuestrian, Putrajaya baru-baru ini tular di laman sosial.


A post shared by @bruneiroyals on Aug 20, 2017 at 7:16am PDT

Namun, mungkinkah fenomena Putera Mateen itu memberi kesan kepada aura ketampanan gologan lelaki di Malaysia?

Terbaharu, sekeping gambar memaparkan ‘abang JPJ’ yang memiliki raut wajah iras Putera Mateen mencuri perhatian pengguna media sosial.

Pengguna Instagram bernama Iswanismail88 memuat naik gambarnya memakai seragam anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disunting bersebelahan dengan gambar Putera Mateen.

Gambar tersebut menunjukkan Iswan berdiri tegak, seolah berada di sebelah putera raja itu yang lengkap memakai seragam tentera Brunei.

“Salam Jumaat daripada kami. Moga dipermudahkan urusan hari ini,” demikian tulisnya dalam entri tersebut hari ini
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: