loading...
Loading...
REMAJA ‘jumpa’ mayat bayinya sendiri.
Kedengaran pelik, tapi itulah kenyataan awal dibuat remaja perempuan berusia 18 tahun yang mendakwa menemui mayat bayi lelaki di belakang rumahnya di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, 9 pagi semalam.
Berikutan ‘penemuan’ mayat bayi itu, remaja berkenaan membuat laporan polis.
Bagaimanapun, siasatan polis menemui bukti sebaliknya yang mengesahkan bayi itu sebenarnya anak kandung remaja berkenaan dan baru dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, suspek membuat laporan polis palsu kononnya menemui mayat bayi lelaki yang ditinggalkan di atas bangku di belakang rumahnya.
“Suspek mendakwa membawa balik mayat bayi itu dan membersihkannya sebelum diletakkan semula di tempat asal.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan darah di dalam rumah suspek dan suspek mengaku membuat laporan palsu.
“Malah, suspek mengaku melahirkan bayi itu pada 12.05 tengah malam semalam di dalam tandas rumahnya seorang diri,” katanya.
Beliau berkata, suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk diberikan rawatan dan tangkapan akan dibuat setelah suspek keluar dari wad hospital berkenaan.
Menurutnya, pihak polis dalam usaha mengesan teman lelaki suspek untuk membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan