Rabu, 30 Mei 2018

Anak Perempuan Najib Beri Keterangan

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Anak Perempuan Najib Beri Keterangan

Pihak polis mengambil masa hampir satu jam untuk merakamkan keterangan Nooryana Najwa atau dikenali sebagai Gina.
KUALA LUMPUR - Polis Daerah Dang Wangi merekodkan keterangan anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berhubung tindakan pihak polis memasuki dan merampas barang miliknya di kondominium Pavilion Residences, Jalan Bukit Bintang di sini pada 18 Mei lalu.
Difahamkan, pihak polis mengambil masa hampir satu jam untuk merakamkan keterangan Nooryana Najwa atau dikenali sebagai Gina.
Tinjauan Kosmo! mendapati empat pegawai dan anggota polis menaiki sebuah kereta Proton Preve memasuki kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta pada pukul 11 pagi.
Sumber berkata, polis hadir selepas wanita itu membuat laporan kelmarin mengatakan tidak puas hati dengan tindakan polis memasuki dan merampas barang peribadi yang didakwa dihadiahkan individu tertentu pada hari perkahwinannya.
“Laporan itu diterima Polis Daerah Sentul malam semalam dan polis Dang Wangi hadir untuk merekodkan keterangan berikutan kawasan kediaman wanita itu terletak di bawah daerah terbabit,” katanya kepada Kosmo!. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya hadir untuk merakamkan keterangan anak Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu.
Pada 19 Mei lalu, Kosmo! me­laporkan polis me­rampas 284 kotak dan 72 bagasi yang berisi pelbagai jenis barang dalam serbuan tiga hari dua malam di tiga unit kondominium di Pavilion Residences tersebut.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: