Khamis, 24 Mei 2018

Ramai Menteri Fanatik Nyanyian Rosmah,Album Laku Jutaan Ringgit

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Ramai Menteri Fanatik Nyanyian Rosmah,Album Laku Jutaan Ringgit

LAPORAN sebuah portal Antarabangsa yang berpengkalan di Australia, memetik tulisan Rosmah Mansor, dalam sebuah buku autobiografi dirinya mendakwa kononnya beliau meraih jutaan ringgit, hasil jualan album nyanyiannya.

Sumber — News.com.au



Dalam tahun 2013, dalam autobiografinya, "Biographi Rosmah Mansor", beliau yang pada ketika itu merupakan wanita pertama menjawab kritikan terhadap tabiat perbelanjaannya dengan menulis "Saya membeli sedikit berlian dan pakaian menggunakan duit saya sendiri. Apa masaalahnya?"

Di dalam buku itu Rosmah berkongsi penjelasan tentang bagaimana dia meraih dan menyimpan begitu banyak wang.

Katanya, dia merupakan seorang akauntan yang berbakat semulajadi dan telah menerbitkan album rakaman suaranya sendiri, dan meraih jutaan ringgit.

Ia (album itu) tidak dilancarkan kepada umum, tetapi telah dibeli oleh menteri-menteri kerajaan yang merupakan peminat fanatik bakat nyanyiannya.

Aku tak tahu sama ada nak menangis terisak-isak atau ketawa berdekah-dekah membaca laporan ini. Aku sendiri pernah dengar suara Datin Rosmah, antaranya lagu dia dengan Mawi, pada aku memang tak sedap.

Menteri-menteri mana agaknya yang sanggup membeli album nyanyian Datin Rosmah ni, sampai di boleh mengaut untung jutaan ringgit.

Mereka beli sebab memang suka suara Rosmah, atau beli sebab kena paksa? 

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: