Khamis, 17 Mei 2018

Sebab Cemburu? Putera Harry Dan Meghan Tak Jemput Si Cantik Ini

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Sebab Cemburu? Putera Harry Dan Meghan Tak Jemput Si Cantik Ini

Beberapa hari lepas baru sahaja keluar kenyataan dari bapa Meghan Markle untuk tidak dapat sama anak perempuannya di majlis perkahwinan terbesar abad ini. 

Atas alasan terkena serangan jantung dan bakal menjalani pembedahan dalam secepat mungkin. 


Terkini, Meghan Markle dan Putera Harry membuat gosip hebat kerana tidak menjemput saudara mereka iaitu Lady Amelia Windsor.


Lady Amelia Windsor. Foto – Pinterest

Nama Lady Amelia Windsor bukan calang-calang kerana beliau digelarkan keluarga kerabat diraja Britain paling cantik. Walaupun baru sahaja berusia 22 tahun, beliau sibuk dengan urusan kerjaya modelling serta melanjutkan pelajaran di Edinburgh.
Ramai yang tertanya-tanya apakah alasan merpati dua sejoli ini tidak mengundang sanak saudara mereka? 
Adakah sebab mereka sememangnya ingin suasana majlis yang kecil-kecil dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja? Atau Putera Harry tidak mahu ada orang lain nampak lebih ‘gah’ dari pengantinnya, Cik Meghan Markle.
Ada-ada sahaja yang mahu bercakap buruk tentang Meghan Markle, takkanlah beliau cemburu pula dengan Lady Amelia. Apa pun tunggu sahaja 19 Mei ini!



Kerabat DiRaja Paling Cantik Dan Cool, Inilah Lady Amelia Windsor


Siapa Lady Amelia Windsor? Pasti itu akan menjadi persoalan pertama anda apabila Wanista bingkiskan ‘Lady Amelia Windsor Digelar ‘Kerabat DiRaja Paling Cantik Di Britain’’. Siapalah wanita berwajah bulat comel dan bibir mungil seksi ini, sekali pandang seperti seorang model di pentas peragaan. Iya, beliau yakni bekerja sebagai model peragaan dan memegang tangga ke-36 sebagai pewaris pemerintah tertinggi Britain! 

Buat anda yang ingin mengenali Lady Amelia Windsor, Wanista senaraikan maklumat dan info peribadi cucunda paling cantik Ratu Elizabeth II.


Buat anda yang ingin mengenali Lady Amelia Windsor, Wanista senaraikan maklumat dan info peribadi cucunda paling cantik Ratu Elizabeth II.

Lady Amelia Windsor. Foto – Hello Fashion Magazine

#1 Lahir pada 24 Ogos 1995, 22 tahun. Anak kepada George Windsor, Earl of St Andrews dan Sylvana Tomaselli. Ibunya merupakan seorang ahli sejarah di Universiti Cambridge dan dikenali sebagai doktor.

Lady Amelia (baju merah jambu) bersama keluarga. Mempunyai seorang kakak dan abang. Foto – Daily Mail

#2  Beliau kini seorang pelajar jurusan Bahasa Perancis dan Itali. Rome dan Paris adalah rumah kedua buat beliau.

Foto – Pinterest

#3 Bekerja sebagai seorang model dibawah naugan agensi Storm, agensi paling popular di Eropah. Awal tahun ini beliau debut sebagai model peragaan dengan berjalan untuk Dolce & Gabbana.

Foto – Getty Images

#4 Sering muncul di barisan kerusi hadapan untuk pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana, Dior, Miu Miu, Tommy Hilfiger, John Galliano dan Emporio Armani.

Foto – Zimbio

#5 Tidak seperti kerabat diraja yang lain, beliau gemar berkongsi apa jua aktiviti atau hobi di laman Instagram.


#6 Saiz kasut Lady Amelia ialah 4. Keciknya kaki!

Foto – Google

#7 Laporan dari Daily Mail, Lady Amelia mungkin menerima $1 juta untuk tahun ini sahaja sebagai model.

Foto – Karen Collins/Tatler

#8 Berdarah kerabat diraja beri bonus buat Lady Amelia untuk melebarkan sayap bak Gigi dan Bella Hadid.

Foto – Greg Brennan

Ada tak yang berkenan dengan Lady Amelia ni? Cantik beliau ialah pure-Britain

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: