loading...
Loading...
Perkembangan Terkini Coklat Hilang Di Rumah Najib
PETALING JAYA: Misteri kehilangan coklat yang didakwa berlaku ketika pemeriksaan polis di salah sebuah premis yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri menceriakan suasana sidang media khas Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
"Ada perkembangan terkini mengenai coklat yang hilang?" demikian tanya wartawan pada sesi soal jawab.
Bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman itu hanya membalas soalan yang diajukan dengan senyuman.
Sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak mengadu mengenai tindakan pegawai polis yang terlibat dalam pemeriksaan di kediamannya pada 19 Mei lalu telah memakan coklat dalam peti sejuk.
Mengulas lanjut mengenai isu sama, Amar Singh berkata, pihaknya masih menunggu laporan polis dibuat berhubung 'kehilangan coklat' berkenaan.
Sejak peguam Najib membuat kenyataan mendakwa berhubung kehilangan coklat dalam peti sejuk di salah sebuah premis yang digeledah, tiada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat berkaitan kejadian curi coklat itu.
Sehubungan itu, Amar Singh meminta supaya peguam terlibat supaya tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu.
"Mengenai kehilangan coklat itu, maklumkan kepada kami siapa yang telah mengambilnya dan kami akan siasat lebih lanjut.
"Saya mahu menegaskan bahawa ketika pemeriksaan dijalankan saya telah memberi arahan kepada semua pegawai terlibat supaya menjalankan tugas dengan profesional kerana ia melibatkan premis bekas perdana menteri dan ahli keluarganya," katanya.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan