Sabtu, 26 Mei 2018

Musa Aman Lari Ke Luar Negara?

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Musa Aman Lari Ke Luar Negara?

PUTRAJAYA: Pengerusi Barisan Nasional Sabah Tan Sri Musa Aman, yang dikehendaki oleh polis dan agensi anti-rasuah dipercayai telah meninggalkan negara ini.

Rakan sekutu dan pembantunya tidak pasti di mana beliau berada walaupun terdapat kemungkinan Musa telah pergi ke Brunei dan Singapura menuju ke London.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, beberapa hari lalu pihaknya telah membuat permohonan supaya Musa dihalang meninggalkan Malaysia.
"Bagaimanapun, kami mendapati bahawa beliau telah  keluar dari negara sebelum disenaraihitamkan," kata sumber kepada The Star.

Bekas ketua menteri Sabah itu dicari selepas Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis dengan dakwaan ada kaitan tentang intimidasi jenayah terhadap beliau.

Polis Sabah hanya boleh memberitahu bahawa Musa tidak berada di negeri ini.
Difahamkan pegawai SPRM telah pergi ke dua-dua rumah di Kota Kinabalu dan Sandakan milik Musa untuk melakukan pencarian.

Walau bagaimanapun, kedua-dua kediaman itu tiada penghuni pada masa itu.
Jelas sumber umber berkata para pegawai tidak boleh melakukan siasatan kerana peguamnya, yang turut hadir, enggan bekerjasama.

"Peguam-peguamnya memberikan kami kunci rumah, tetapi tidak mahu menemani kami dalam pencarian.

"SOP kami (prosedur operasi standard) memerlukan pegawai ditemani semasa carian. Oleh sebab itu, kami tidak memasuki premis itu," kata sumber itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan bahawa pegawai-pegawainya telah pergi ke kedua-dua premis itu, berkata: "Ya, kami ada di sana, tetapi peguam tidak mahu bekerjasama dan membantu kami.

"Peguam Musa Zahir Shah enggan memberitahu di mana kliennya berada atau  sebarang kenyataan berkaitan untuk membuat laporan polis tidak lama lagi."

Beliau mengesahkan bahawa SPRM telah memperoleh waran untuk menggeladah rumah Musa pada Rabu.

Beliau menjelaskan bahawa penyiasat tidak boleh memasuki rumah walaupun ada waran kerana tidak ada pemilik atau pun penghuni.

Kali terakhir  Ketua Umno Sabah itu dilihat dalam penerbangan Malindo ke Kuala Lumpur pada 14 Mei dan pada mesyuarat Umno yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden parti yang menjalankan kewajipan presiden, pada 16 Mei.
Difahamkan beliau tidak menghadiri mesyuarat majlis tertinggi parti pada 21 Mei.

Siasatan oleh polis dan SPRM mula dibuat selepas dua ketua menteri telah bersumpah dalam tempoh 48 jam.

Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Juhar pada 10 Mei, selepas memperoleh majoriti mudah 31 daripada 60 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14, apabila dua wakil rakyat pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada BN Sabah, yang memenangi 29 kerusi.

Bagaimanapun dua hari kemudian, Mohd Shafie mengangkat sumpah sebagai ketua menteri apabila mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan  selepas beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN beralih sokongan kepada Warisan dan gabungan Pakatan Harapan, yang juga memenangi 29 kerusi.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: