Selasa, 15 Mei 2018

Bea Alonzo..Tak Pakai Mekap Pun Cantik,Lihat Saja Kulitnya

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Bea Alonzo..Tak Pakai Mekap Pun Cantik,Lihat Saja Kulitnya

Siapa peminat drama Filipina, pasti biasa melihat wanita putih melepak ini. 

Popular dalam drama Kay Tagal Kang Hinintay, Ikaw Ang Lahat Sa Akin, It Might Be You, Rivals serta banyak lagi yang anda lihat di kaca TV. Menariknya bukan golongan “mak-mak” sahaja yang menonton, yang muda juga mengikutinya kerana aktres yang satu ini.


Rata-rata peminat sangat suka melihat kecantikan yang dimiliki oleh aktres Bea Alonzo, orangnya tinggi lampai, kulit putih melepak, rambut rona coklat, serta mampu menyampaikan watak dengan cemerlang sekali. 

Sekali dia menangis, kita pun ikut sekali menangis. Serta miliki senyuman manis berserta suara yang sedap didengar. Cukup hebat penangannya!

Bercakap kepada PreviewBea menjelaskan bahawa dia kurang gemar dengan mekap yang tebal, malah hanya akan mengenakan mekap apabila mempunyai jadual sahaja. Jika hari-hari biasa, dia lebih senang mengenakan solekan ringkas yang kelihatan semula jadi atau tanpa sebarang mekap. Katanya lagi, penting untuk memberikan kulit wajah ruang untuk bernafas selepas seharian bermekap. Mungkin disebabkan itulah, aktres 30 tahun ini miliki kulit wajah yang bersih tanpa sebarang cela.
Lihat sahaja beberapa koleksi foto yang dikongsi di Instagram, semuanya #nomakeup selfie. Jealous tengok!
#1 Walaupun ada matahari, tapi masih nampak natural beauty. Langsung tak adaflaw okay!

#2 Ya ampun, nak tidur pun cantik….

#3 Suka tengok kening Bea, lebat semacam.

#4 Bea menggelar dirinya “red face” kerana kulit putih merah yang dimilikinya. Ia semula jadi tau.

#5 Makan apa, cantik sangat ni?

Teringat masa zaman belajar, penulis cukup layan drama Filipina. Mula Sa Puso, Pangako Sayo, Sanay Wala Nang Wakas, Marimar, semua tengok. Korang macam tu juga tak?
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: