Isnin, 5 Ogos 2019

Menantu Tun Abdullah Hidap Kanser Mulut

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Menantu Tun Abdullah Hidap Kanser Mulut

13 tahun lalu saat insan lain gentar untuk berbicara soal kanser, wanita hebat ini berazam menyediakan ruang khusus buat pesakit dan bekas pesakit kanser payu dara. 
Impiannya ketika itu hanya satu… menyuntik semangat kepada mereka yang terlibat agar cekal mendepani ujian hidup.
 Dalam keterujaan Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah membantu para pesakit bergerak aktif dan kekal positif terhadap masa depan mereka melalui penubuhan Breast Cancer Foundation, dirinya pula diuji dengan perkhabaran mengejutkan.
Tanpa berselindung, ibu jelita kepada empat orang anak ini mengakui perjalanan untuk menubuhkan badan amal tersebut cukup dekat dan bermakna bagi dirinya. Bukan hanya kerana ia adalah terjemahan kepada niat murni ibu mentuanya, Allahyarhamah Tun Endon Mahmood bahkan pada ketika itu jugalah dia didiagnosis menghidap kanser mulut.
Jelas Puan Sri Dato’ Azrene, beliau menerima berita berkenaan daripada seorang doktor di Amerika Syarikat setelah ujian biopsi yang diambil daripada lidahnya menunjukkan kehadiran sel kanser.


Puan Sri Dato’ Azrene di samping Tun Endon (Kredit foto: Breast Cancer Foundation)

“Saya antara orang yang sering bersama Allahyarhamah Tun Endon waktu dirinya sedang menderita kanser payu dara. Apabila tiba waktu rawatan dan pemeriksaan kesihatan, saya akan membawanya ke hospital. Jadi, sementara menunggu prosedur rawatan selesai, saya turut ambil peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan doktor di sana memandangkan keadaan diri yang kerap mengalami gejala ulser di mulut.
Hasil biopsi pertama doktor tak temui sebarang masalah. Tapi selepas ujian biopsi seterusnya  barulah mereka mendapati ia adalah kanser. Keadaan waktu itu memang mencabar. Saya menderita kanser mulut sementara ibu mentua pula sedang sakit kanser payu dara. Tapi pengalaman berada di samping Tun Endon cukup indah. Cara dia menjalani hidup dengan ceria dan gembira membuatkan saya kuat untuk bertarung menghadapi kesakitan.
Malah ketika saya beritahu tentang penyakit ini kepadanya, dia suruh saya lawan. Alhamdulillah, saya ingat pesanannya dan terus melawan penyakit ini sampai sekarang, sampaikan Breast Cancer Foundation pun sudah memasuki tahun yang ke-13,” tutur Puan Sri Dato’ Azrene dalam nada tenang.
Mengakui masih membuat rawatan untuk kanser mulut yang dialami, Puan Sri Dato’ Azrene berkata beliau tidak melakukan rawatan kemoterapi sebaliknya mencari alternatif lain yang disarankan pakar perubatan.
“Saya pergi mendapatkan kaedah rawatan komprehensif lain dengan seorang doktor di Australia yang menggunakan bahan-bahan daripada herba. Doktor menyarankan saya untuk mengamalkan minuman dan mandi herba secara berendam. Herba yang diberikan pula bukan sebarangan kerana ia bergantung pada kombinasi ramuan herba yang telah dideskripsi dan diajar oleh doktor. Kemudian saya perlu buat sendiri di rumah.
Setiap pagi saya akan buat seperti yang diajar dan mandi bersama ramuan herba tadi. Memang berkesan tapi dalam masa sama mencabar juga. Banyak benda yang harus dibuat dan sepanjang tempoh rawatan ini, doktor yang sama turut membekalkan segala ramuan herba yang diperlukan kepada saya. Pertama sekali kena mandi dan bersihkan badan seperti biasa. Kemudian baru berendam tapi tak boleh lebih 20 minit dengan suhu air 38.5 Celsius.
Dalam tab mandi, saya ada letak termometer untuk sukat suhu yang tepat. Tak boleh kurang dan tak boleh lebih sebab boleh memberi kesan tertentu. Tujuannya adalah untuk buang toksik di dalam badan. Sebenarnya mandian herba ini juga baik untuk semua. Kalau anda dapat buat seminggu sekali pun memadai. Inshaallah, kulit akan jadi lebih lembut dan cantik. Boleh juga menggunakan minyak camomile atau minyak bayi.”
Menyentuh rejim kecantikan yang dilakukan selama ini, jelas Puan Sri Dato’ Azrene lagi beliau hanya mengamalkan penjagaan asas kulit wajah seperti mencuci dan skrub muka, memakai penyegar dan pelembap wajah serta masker tanpa menjalani rawatan kulit yang lebih khusus.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: