Rabu, 7 November 2018

Meghan, Putera Harry dedah sebab umumkan kehamilan ketika lawatan diraja

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Meghan, Putera Harry dedah sebab umumkan kehamilan ketika lawatan diraja

MEGHAN MARKLE dan Putera Harry mengejutkan peminat di seluruh dunia dengan mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama pada malam Jelajah Diraja mereka.

Ramai yang percaya mereka merancang keluarga kerana khuatir terdedah dengan risiko virus Zika di negara-negara yang dikunjungi mereka.

Tetapi pengumuman itu dibuat tidak lama selepas mereka tiba di Australia.

Ramai juga yang mengkritik pasangan itu kerana berkongsi berita gembira hanya beberapa hari selepas perkahwinan sepupu Harry iaitu Puteri Eugenie dan Jack Brooksbank berlangsung.

Namun, kini pasangan itu mendedahkan sebab mereka memberitahu semua orang mengenai berita itu.



Peminat diraja sangat gembira untuk pasangan itu. - Foto PA

Semasa dokumentari ITV tentang lawatan mereka yang melibatkan 76 pertemuan selama 16 hari, Harry menjelaskan bahawa mereka hanya menganggap lokasi itu sempurna untuk pengumuman itu dibuat.

Bercakap di Admiralty House pada hari pertama, Duke berkata: "Kami berdua benar-benar gembira berada di sini dan kami juga tidak dapat memikirkan tempat yang lebih baik untuk mengumumkan kehadiran bayi ini. Jadi, terima kasih banyak."

Membuat pengumuman sebelum lawatan tersebut bermula bermakna pasangan itu dibanjiri dengan pelbagai hadiah untuk bayi semasa mengadakan lawatan ke Australia, Fiji, Tonga dan New Zealand.

Hadiah pertama adalah kanggaru mainan, diikuti oleh banyak buku, beruang teddy, pakaian mini dan sepatu kecil Wellington.

Menurut Mirror UK, pihaknya tidak mempunyai maklumat tentang usia kandungan Meghan, namun Istana Kensington mengatakan bahawa bayi diraja itu akan dilahirkan pada musim bunga.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: