Selasa, 8 Mei 2018

Video Tengah Lalok Tersebar?? Ini 5 Kes Kontorversi Melibatkan Uqasha

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Video Tengah Lalok Tersebar?? Ini 5 Kes Kontorversi Melibatkan Uqasha


TAHUN 2018 yang baru masuk pertengahan mencatatkan 1,001 kenangan suka-duka bagi pelakon cantik, Uqasha Senrose, 27.

 Sejak menceburi dunia seni sekitar 2013, dirinya seperti besi semberani buat kontroversi. Satu persatu kisah kurang enak mendekati dan menyelubungi diri gadis ini. Malah, gosip panas dan kontroversi berkaitan dirinya lebih diperkatakan, berbanding bakat atau produk lakonannya.

Beberapa bulan lalu, kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi bertudung. 

Pelakon filem Paku Pontianak itu menanggalkan hijab yang dipakai sejak tiga tahun lalu kerana didorong perasaan hati yang enggan menipu diri. Media 2020 ingin membawa anda mengikuti 5 kes kontroversi yang melibatkan Uqasha Senrose.

1) UQASHA Senrose menanggalkan hijab

Keputusan diambil pada hujung Ogos lalu itu benar-benar mengejutkan ramai pihak, termasuk netizen yang pantas membuat hukuman atas lesen wira papan kekunci. Perkara itu tentu saja membuatkan Uqasha dipandang serong. Pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Senrose ini bagaimanapun sedar, apa yang dilakukannya bukan contoh terbaik sebagai wanita Melayu beragama Islam.

“Khilaf itu saya tanggung sendiri padahnya. Namun, manusia di luar sana begitu pantas membuat penghakiman berbanding mengambil sikap untuk terus mendoakan yang baik. Namun, saya reda. Mahu atau tidak, saya harus kental dan kuat melalui hidup selepas berbakul-bakul kecaman dilemparkan atas kesilapan dilakukan.

“Cuma, selepas beberapa ketika kisah itu menjadi perhatian, saya tetap menjalani kehidupan biasa seperti dulu, macam orang lain. Sesiapa yang mahu menghentam atau apa saja yang condong ke arah negatif, saya letak ke tepi. Inilah jalan yang saya pilih dan saya mahu melupakan kisah lama serta membuka buku baharu,” katanya dalam pertemuan bersama BH, baru-baru ini.

Bagi Uqasha, beliau tidak mampu menutup mulut orang daripada terus bersikap skeptikal terhadap dirinya.

“Kepada mereka yang selalu berfikiran negatif dan suka mencari salah orang, mereka lebih baik memperbetulkan diri terlebih dulu. Saya sendiri manusia yang lemah dan sentiasa mahu memperbaiki serta memperbetulkan diri.

“Sebelum kita ingin berkata sesuatu kepada orang lain, eloklah kita cerminlah diri dulu. Bagaimanapun, dengan kehebatan dan penangan media sosial sekarang, hukuman itu pantas dijatuhkan sesuka hati, seumpama pihak yang dikecam tiada hati dan perasan,” katanya.

Menurut Uqasha lagi, dalam usahanya untuk tidak terkesan dan larut dengan kecaman netizen, beliau sesekali ‘terbabas’ juga saat membaca komen dilemparkan.

“Ketika diri tidak mahu melihat dan membaca komen netizen yang berbaur pedas serta kecaman, saya kadang-kadang terlepas pandang juga. Selepas membaca komen sebegitu, timbul pula rasa menyesal. Saya hanya manusia biasa dan saya tidak mampu untuk menutup mulut orang di luar sana. Cakaplah apa saja yang dimahukan jika itulah yang dirasakan mampu menggembirakan hati mereka semua,” katanya.

Di sebalik keperitan dilalui, Uqasha terus mengumpul kekuatan untuk bangkit daripada ‘hukuman’ atas kesilapan silam.

“Adik-beradik dan ibu saya, terutamanya, menjadi nadi sokongan di belakang. Diri sendiri juga kena kebal menepis semua aura negatif,” katanya.

Mengenai kerjaya lakonan, rezeki bintang muda ini terus murah. Selepas menanggalkan tudung, tawaran lakonan untuknya bertandang seperti biasa. Ketika ini, Uqasha sedang menghabiskan baki penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna terbitan Dark Wave Pictures bagi siaran HyppTV di samping Raja Ilya dan Shah Iskandar.

Sebelum itu, beliau terbabit dalam penggambaran drama Kerana Anisa bagi slot Samarinda TV3 dan drama Hanya Kau Yang Satu.

“Saya masih terus aktif berlakon. Tawaran berlakon juga datang mencurah-curah. Pendek kata, undangan diterima sama saja seperti dulu. Malah, ada tawaran yang terpaksa ditolak kerana bercanggah tarikh, termasuk undangan berlakon filem,” ujarnya.

Mengintai sisi peribadi, Uqasha mengakui dirinya memang sudah layak untuk melayari kehidupan berumah tangga.

Dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan kerabat dikenali sebagai Tengku Bakar, bintang Tundukkan Playboy Itu lebih selesa menyimpan perkara berkenaan sebagai hak peribadi.

“Mendirikan rumah tangga bukan perkara mudah. Banyak aspek perlu difikirkan, terutama apabila menyentuh soal tanggungjawab. Mungkin kedengaran klise, tetapi hubungan saya dengan jejaka itu masih pada peringkat berkawan. Hanya itu yang mampu saya jelaskan.

“Selagi belum ada ikatan pasti, saya sentiasa membuka pintu hati untuk mengenali orang lain. Saya belum berani menyatakan hubungan kami serius kerana bimbang pisang akan berbuah dua kali. Saya tidak mahu dikecewakan lagi, jadi memadai jika saya memberitahu antara kami sekadar bersahabat,” katanya.

VIDEO:

2) “Your ass is so hot” – Uqasha Senrose Bengang Peminat Minta Gambar Bogel di Instagram

Semenjak kontroversi berpakaian seksi semasa malam Anugerah Skrin 2017 tidak lama dulu, nama pelakon Uqasha Senrose sering menjadi sebutan ramai. Penampilan yang berani dan bentuk tubuh yang dikatakan ‘menawan’ itu telah menarik perhatian ramai lelaki untuk melawati laman Instagram kakak kepada Nelydia Senrose ini.
Sumber: Instagram

Namun kutukan dan sindiran netizen terhadap perubahan bentuk tubuh badannya yang agak berisi itu telah sampai pada kemuncaknya apabila ada di kalangan peminat meminta gambar bogel Uqasha tanpa segan silu. Amboi berani betul ni!

Menerusi perkongsian di instastory, Uqasha telah mendedahkan mesej berbaur lucah yang diterimanya di ruang mesej Instagram.

“Ya Allah ada jugak manusia macam ini!”

Individu tersebut malah dengan beraninya telah mengugut kekasih kepada Hefny Sahad ini untuk menggodam Instagram pelakon itu jikalau dia ingkar memberikan gambar bogelnya.


Uqasha, kalau awak beri gambar lucah awak, saya akan berhenti komen benda tidak elok tentang awak. Saya janji.

“Hey saya tanya awak ni. Kalau tak saya akan godam akaun Instagram awak.”
Malah bukan itu saja yang membuatkan Uqasha bengang. Individu itu juga sempat memuji bentuk tubuh Uqasha dalam mesej tersebut.


Your ass is so hot.”

Amboi… kang tak pasal-pasal kena tumbuk dengan Hefny mamat ni!


Berikutan pendedahan ini, Uqasha telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang memintanya agar berhati-hati dan tidak kurang juga yang mencemuhnya kerana sengaja mencari masalah dengan memuat naik gambar yang menggiurkan kepada peminat.
Sumber: Instagram

Seperti yang semua sedia maklum, Uqasha bukanlah artis pertama yang menerima mesej berbaur lucah sebegitu di laman sosial. Terdahulu, Rozita Che Wan, Fizz Fairuz, Shukri Yahya dan Sufian Suhaimi juga pernah menerima ugutan yang sama daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

Malah lebih teruk lagi, pelakon yang juga isteri kepada Nedim Nazri, Nora Danish pernah mendapat ugutan rogol dan komen lucah di Instagram pada tahun 2014 yang lalu.

Haih siapa yang tak takut kalau dapat mesej macam tu! Harap Uqasha lebih berhati-hatilah dalam memuat naik apa-apa foto. Kalau ugutan dah melampau tu, eloklah laporkan kepada pihak berkuasa.

3) Padah Uqasha Tegur Wanita Tudung Berlabuh Macam Gangster, Ini Respon Dari Suami Wanita Tersebut. Mana Satu Yang Betul Ni?


Alamak, marah betul nampaknya Uqasha Senrose ni. Dah kenapa ye? Dalam video pendek yang dimuat naik oleh Uqasha, dia mengalami satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Dalam kejadian tersebut, dia sedang dalam perjalanan balik ke kampungnya di Kelantan dan singgah sebentar di sebuah stesen minyak.

“Dah habis Sha isi minyak, Sha slow slow nak keluar and there’s one car pancung depan Sha mengejut dan Sha brek mengejut. Bila kita brek mengejut, kita tengoklah kereta kat depan tu. So perempuan tu pakai tudung labuh, tunjuk penumbuk nak ajak gaduh”.

“So Sha ni dengan niat yang baik turun kereta nak mintak maaf. Bila kita nak mintak maaf tu, dia ingat kita nak attack dia. So dia cepat cepat keluar handphone, kononnya nak viralkanlah, kononnya kita nak attack attack dia,” jelasnya dalam video tersebut.

Uqasha juga sempat memohon agar wanita di luar sana supaya saling menghormati antara wanita lain dan usahlah tunjuk perangai seperti gangster. Diharap, pelakon drama Hero Seorang Cinderalla ini lebih berhati-hati.

Namun, seorang lelaki mendakwa suami kepada wanita tersebut telah tampil menjelaskan keadaan sebenar. Berikut adalah penjelasan dari suami kepada wanita itu.



4) [Video]Amboii..!! Kalah Artis Luar Fesyen Uqasha Senrose Semakin Berani Belanja Lurah Di Event EH Top 20 Baru Baru Ini


merecikkk..!!! kalah artis hollywood tuuu…Fesyen Uqasha Senrose Semakin Berani Di Event EH Top 20.


Jika anda ingin terus menonton video sila scroll ke bahagian bawah.

Untuk mengetahui cerita selanjutnya sila tonton video ini sampai ke hujungnya supaya anda mendapat informasi yang lengkap.


VIDEO:
5) Khayal, Langgar & Miliki Dadah Uqasha Senrose Ditahan Polis

PELAKON wanita jelita yang ditahan selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5, pagi tadi, dibebaskan dengan jaminan polis, malam ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, ia selepas pihaknya selesai melakukan siasatan berhubung kejadian itu.

Beliau ketika mengesahkan penahanan artis terbabit berkata, pelakon berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ia membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi NSTP.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Sumber berkata, dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi.

“Pelakon yang juga kakak dua pelakon wanita yang kerap membintangi drama didakwa memandu pacuan empat roda model Range Rover sebelum melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV di kawasan itu.

“Anggota polis Unit Peronda MPV Balai Polis TTDI kemudian segera ke lokasi kejadian sebelum menemui seorang lelaki tempatan yang menjadi mangsa langgar itu,” katanya.
Menurutnya, pelakon wanita yang masih bujang itu kemudian dibawa ke balai polis itu untuk pemeriksaan.

Katanya, anggota polis wanita membuat pemeriksaan pada tubuh dan beg tangan milik pelakon terbabit sebelum menemui enam keping bungkusan aluminium berisi 53 pil dadah Erimin 5 dianggarkan seberat lebih 14 gram dalam beg tangan miliknya.

“Semua dadah itu dianggarkan lebih RM600 mengikut harga pasaran.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap pelakon wanita itu didapati negatif dadah,” katanya.
Antara drama yang pernah dibintangi artis terbabit adalah Hero Seorang Cinderella, Tundukkan Playboy Itu dan filem Paku Pontianak.


Lebih mengejutkan, Uqasha dikatakan dalam keadaan khayal di tempat penumpang tengah hari tadi.

Melalui mesej yang kami terima, seorang pemandu telah dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Range Rover putih yang dipandu oleh seorang wanita yang dalam keadaan khayal.
Apabila tiba di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, pihak berkuasa telah membuat spot chek dan mendapati wanita berkenaan memiliki 6 keping aliminium foil warna merah yang disyaki dadah jenis Erimin.

Ini Respon Uqasha Senrose Buat Masa Ini


Pelakon wanita popular, Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemui 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan miliknya pada Ahad.

Memetik sumber, dadah berkenaan ditemui selepas pelakon itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Difahamkan, Uqasha yang memandu kenderaan jenis Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV dan pihak berkuasa kemudian membawanya ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut.

Selepas diperiksa, difahamkan pihak berkuasan mendapati terdapat 53 pil Erimin 5 yang dianggarkan seberat 14.74 gram dalam beg tangan milik aktres terbabit.
Bagaimanapun, Uqasha ketika dihubungi MH tidak mengulas lanjut mengenai kes penahanannya.

Ditanya sama ada kes tersebut sahih melibatkanya dirinya, Uqasha hanya memberitahu, dia akan menghubungi MH semula.

“Nanti Sha hubungi balik ya,”katanya ringkas kepada kami.

VIDEO:
video uqasha senrose tengah lalok atau penat bekerja lepas habis shooting?

sumber :media2020

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: