Khamis, 10 Mei 2018

TERKINI! [VIDEO] Tun Kini Bersiap Ke Istana Negara

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
TERKINI! [VIDEO] Tun Kini Bersiap Ke Istana Negara:


Debaran mengenai status kerajaan serta perdana menteri ketujuh bakal berakhir petang ini.

Agensi berita Reuters melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V di Istana negara pada jam 5 petang nanti.

Calon perdana menteri itu akan ditemani pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN).

Memetik kenyataan Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah Reuters melaporkan empat pemimpin tertinggi PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU akan mengiringi Dr Mahathir.

Walaupun tidak dinamakan, dipercayai mereka ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Presiden AMANAH Mohamad Sabu.




loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: