Rabu, 9 Mei 2018

Silap Masuk Saluran Mengundi, Azwan Ali ‘Bertelagah’ Dengan Pegawai Polis

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Silap Masuk Saluran Mengundi, Azwan Ali ‘Bertelagah’ Dengan Pegawai Polis:



Sedikit kekecohan telah berlaku ketika selebriti kontroversi Azwan Ali membuang undi bertempat di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, pagi tadi.

Mulanya Azwan yang juga calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa tersilap masuk saluran. Ia disebabkan dia tidak pergi ke kaunter pengesahan terlebih dahulu sebaliknya terus menuju ke bilik saluran.

Setelah menyedari dia tersalah bilik saluran, dia terus keluar dan sempat bertelagah dengan pegawai polis yang bertugas.

Selepas selasai menunaikan tanggungjawab mengundi, dia diserbu pihak media untuk ditemubual diluar perkarangan sekolah berkenaan.



Menurut Azwan, dia memang membenci abangnya itu dan memdakwa Azmin banyak dosa dengan dirinya.

“Siapa Azmin Ali? Who are you?” soalnya dengan nada sinis.




Ketika sedang ditemubual, tiba-tiba Azwan memberi reaksi wajah tidak suka sebaik menyedari ketibaan abangnya, Azmin Ali.

Sejurus itu dia tidak mahu meneruskan sesi temubual dan berpesan pada para media agar menghubunginya selepas Azmin betul-betul sudah beredar daripada kawasan tersebut.
Malaysian Digest kemudian mendapatkan penjelasan daripada Azwan mengapa beliau begitu marah sangat?
Menurut Azwan, dia memang membenci abangnya itu dan memdakwa Azmin banyak dosa dengan dirinya.
“Siapa Azmin Ali? Who are you?” soalnya dengan nada sinis.
“Azmin Ali yang penuh dosa dengan saya. Walaupun dia abang patutnya saya salam dia, why shud I? Dia yang berlonggok bertimbun dosa dengan saya.
“Saya cabar dia, dia yang bertimbun dosa dengan saya why shud I pegi mengadap dia. Apa kelas? Lain lah kalau Rosmah lalu, Najib lalu boleh la aku salam. Setakat Azmin Ali tak payah lah! Not my level!” katanya melepas geram.
Diva AA bertanding menentang abangnya Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dan tiga calon lain dalam pertandingan lima penjuru kerusi DUN Bukit Antarabangsa.
Tiga calon lain itu ialah Ketua Wanita UMNO Ampang Salwa Yunus (Barisan Nasional-UMNO), Ketua Penerangan PAS Ampang Sharifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamarudin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Pada PRU13, Mohamed Azmin memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa dengan 16,502 undi untuk menewaskan calon BN Mohamad Nazim Ibrahim yang memperoleh 12,458 undi. 
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: