loading...
Loading...
Pendaftar Sijil lahir Putera Louis diugut bunuh kerana tulisan buruk
LONDON – Sijil kelahiran Putera Louis Arthur Charles telah ditaip selepas pegawai pendaftar terdahulu menerima ugutan bunuh disebabkan tulisan cakar ayam pada sijil kelahiran Putera George lima tahun lalu.
LONDON – Sijil kelahiran Putera Louis Arthur Charles telah ditaip selepas pegawai pendaftar terdahulu menerima ugutan bunuh disebabkan tulisan cakar ayam pada sijil kelahiran Putera George lima tahun lalu.
Duke of Cambridge iaitu Putera William telah menandatangani sijil kelahiran putera keduanya itu kelmarin di Istana Kensington bersama pegawai pendaftar Westminster terkini, Patricia Gordon.
Tindakan menaip dengan komputer dianggap bijak selepas pegawai pendaftar terdahulu, Alison Cathcart menerima lebih satu ugutan bunuh dan kecaman kerana tulisan tangan yang buruk pada sijil kelahiran Putera George pada tahun 2013 disusuli dengan Puteri Charlotte pada tahun 2015.
Dalam satu temu bual bersama Daily Mail pada tahun 2014, Cathcart memberitahu bahawa orang ramai mengecam tulisan tangannya dengan salah seorang menyifatkan tulisan tangan kucingnya lebih kemas. Ada juga yang memberi komen memintanya dipecat, manakala yang lain menggelarnya sebagai buta huruf.
“Apa yang boleh saya katakan? Ia adalah hari yang sangat panas dan saya gemuruh untuk mengisi borang tersebut ditambah lagi Putera William duduk di sebelah saya,” jelas Cathcart. – Agensi
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan