Khamis, 3 Mei 2018

‘Batalkan Perkahwinan’ – Abang Meghan Markle Beri Amaran Keras Pada Putera Harry

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
‘Batalkan Perkahwinan’ – Abang Meghan Markle Beri Amaran Keras Pada Putera Harry

Semakin hampir dengan tarikh perkahwinan, semakin banyak pula cerita ‘gila’ tentang keluarga si bakal puteri Meghan Markle.


Baru-baru ini , Meghan menjemput sahabat baiknya iaitu Priyanka Chopra ke majlis perkahwinan beliau dan Putera Harry pada 19 Mei 2018. Tapi bagaimana pula dengan keluarga beliau yakni peranan penting dalam majlis itu nanti?
Meghan rupanya langsung tidak menyenaraikan keluarga dalam senarai tetamu dan kini lebih memeranjatkan abang tiri Meghan, Thomas Markle Jr telah menulis surat kepada Putera Harry untuk meminta membatalkan perkahwinan ini sebelum terlambat!
Didalam surat tersebut, Thomas mendedahkan perangai ‘sebenar’ Meghan yang tidak layak untuk mendampingi Putera Harry dan keluarga kerabat diraja. Dalam surat tersebut juga dikisahkan perihal bapa mereka yang jatuh bankrap kerana menjelaskan hutang-hutang demi perbelanjaan Meghan dalam dunia lakonan. Bapanya juga tidak dijemput ke majlis dan ditinggalkan di Mexico.

Bagi Thomas, Meghan belum cukup layak untuk menggantikan tempat Puteri Diana yang dikelaskan sebagai wanita dermawan dan sukarelawan kerana dia sendiri tidak sebegitu dengan keluarga. Namun begitu, abang tiri Meghan masih mengaku beliau adalah adik dan keluarganya. Walauapapun terjadi pada Meghan atau dia telahpun melupakan keluarga, keluarga harus diutamakan. 


Perkahwinan diraja ini bukan lagi mengeratkan hubungan keluarga tapi makin memecah-belahkan.
Tak tahulah apa yang dikarangan oleh abang tiri Meghan ini benar belaka atau tohmahan fitnah? Kalau dengar disebelah pihak sahaja pun tidak boleh. Diharapkan pihak Meghan akan membuat penjelasan tentang perkara ini.

Tapi musykil juga kenapa Meghan langsung tidak mengundang keluarga ke majlis besar mereka. Macam pelik, kahwin tapi keluarga tak datang. Ratu Elizabeth takde komen apa-apa ke? 
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: