Sabtu, 12 Mei 2018

MISTERI KELUARGA TIRI NAJIB

terimakasih sudi like
loading...
Loading...


MISTERI  KELUARGA TIRI NAJIB


Keluarga Najib dan Rosmah memang dah terlebih femes, termasuklah anak perempuan dorang hari tu buat perkahwinan mengalahkan raja-raja. 

Majlis perkahwinan yang sepatutnya rahsia tu kantoi dengan media bila keluar beberapa gambar dan liputan daripada agensi berita tempatan. Memang belanja tak ingat dunia keluarga dorang ni. Tapi korang tau ke sebelum Najib… Rosmah ada keluarga dengan suami pertama?
Hah, Rosmah ada suami sebelum Najib? Iye, memang ada. Dipercayai suami pertama Rosmah adalah Abdul Aziz Nong Chik dan mereka ada dua anak iaitu Riza Aziz dan Azrene Soraya.
Azrene with her father Abdul Aziz Nong Chik

Baru-baru ni Riza jadi femes sebab kena saman oleh badan kehakiman Amerika, dan Azrene pulak tiba-tiba jadi viral bila mengatakan yang abangnya itu telah ‘menjual diri kepada syaitan‘. Fuh dia punya statement.

So kami cuba la selidik sikit pasal keluarga tiri Najib ni, dan ini yang kami dapat…
1. Satu benda tak pun jumpa pasal suami pertama Rosmah
Kami cuba Google pasal suami pertama Rosmah tapi susah nau nak carik. Bila kami taip “Rosmah first husband”, muka Najib pulak yang keluar. Bila taip dalam “suami pertama Rosmah” pulak, macam-macam blog yang keluar yang menamakan lelaki misteri ini sebagai Abdul Aziz Nong Chik. Satu je artikel datang daripada portal berita yang rasmi iaitu Sinar Harian.
So kitorang pun try la google Abdul Aziz Nong Chik tapi tak banyak benda yang keluar. Senang cerita, nak cari bunian lagi senang dari cari mamat ni.
“Sebarang pencarian mengenai Abdul Aziz Nong Chik di google tidak akan membawa apa-apa keputusan yang memberangsangkan. Satu-satu perkahwinan Rosmah yang ada di internet hanyalah dengan Najib”
“Siapa tak kenal suami pertama DSRM iaitu Abdul Aziz Nong Chik? Carian walau sebutir zarah bagi nama ini tidak mungkin wujud sama sekali untuk kita kenal”
Pastu kitorang try google gambar Rosmah yang lama-lama, manalah tau Abdul Aziz ni ada tapi hampeh, satu habuk takde. Tapi kitorang ada jumpa gambar Rosmah time muda.


Secara jujurnya kitorang taktau Abdul Aziz Nong Chik ni hidup lagi ke tak atau pun memang betul wujud. Bak kata Eminem “Will the real slim shadyAbdul Aziz please stand up”…
2. Azrene pernah mengamuk kat FB pastu senyap balik
Selepas Riza Aziz baru-baru ni disaman oleh kerajaan US, keluar pulak status daripada adiknya Azrene Aziz yang panjang bertarikh 21 Julai di Facebook, Twitter dan Instagram.
Dalam status Azrene yang panjang lebar tu, Azrene kata abangnya akan ‘membayar harga’ untuk kemasyuran dan kekayaan yang dimilikinya. Tapi part yang buat kami agak tersentuh adalah bila dia bagitau mak dia (Rosmah) yang telah “mengabaikan seorang anak” supaya tidak “sia-siakan yang lain hanya supaya engkau dan suami engkau boleh terlepas.” Apa yang kami boleh simpulkan daripada kenyatan ni adalah Azrene masih sayangkan keluarga, tapi dia tak nak ikut jejak langkah mereka.
Jurucakap PM kata dia tak boleh nak komen apa-apa mengenai hal peribadi keluarga, tapi Azrene ada hak untuk menyuarakan pendapat manakala pembantu Rosmah, Rizal Mansor pula berkata ni kat Facebook dia :
“Tiada kata yang terbit daripada mulut si ibu… tidak lama kemudian saya dapat melihat air matanya bergenang..
Apa yang dapat saya simpulkan, tiada sedetik pun dibenak fikiran si ibu mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak elok buat si anak.. Dapat saya gambarkan perasaan ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan,” – Rizal Mansor, dipetik oleh Malaysiakini.
Ni pula apa yang kitorang jumpa pasal Azrene. Setakat ni dia menjauhkan diri dia dari keluarga Najib-Rosmah dan menggelarkan diri dia sebagai ‘kambing hitam keluarga’, dan Riza Aziz sebagai ‘anak soleh’. Kami sedar dalam gambar wedding dia, takde pun Rosmah ataupun Najib.
Azrene juga telah berkahwin dengan sorang artis terkenal tanah air dulu, Fazley Yaakob dan telah menghasilkan tiga putera. Setakat ni Azrene bekerja kat syarikat IMAGO Consultancy dan sebagai sorang cake artist kat Suka Sucre Bistro.
Dan kalau korang tengok instagram dia, penuh dengan gambar kek. Post viral yang panjang lebar tu ada sekali je, pastu kembali normal…
3. Menantu Rosmah bukanlah seperti yang disangkakan
>
Fazley Yaakob adalah suami Azrene, so tu secara tak langsung telah menjadikan dia sebagai menantu tiri Najib. Fazley dulu pernah sebagai seorang penyanyi. Dia juga menang pertandingan Celebrity Masterchef Malaysia. Oh dia juga ‘ada’Masters dan PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan merupakan Prersident untuk Fazley International College (FIC) yang bekerjasama dengan University of Wales.
Tapi Masters dengan PhD tu sebenarnya…Tipu! Fake! Kononnya dia dapat sijil tu dari European Business School (Cambridge). Kisah dia kantoi bila BBC News pecahkan temberang dia pada tahun 2008.
Fazley bagitau yang University of Welsh tak tanya dia pun pasal sijil tu, dia siap letak kelulusan dia kat website FIC lagi.
Lepas dah kantoi, Fazley letak jawatan kat FIC pada tahun 2010. Dia menjelaskan bahawa peranan dia dalam FIC tu sebenarnya hanyalah sebagai sorang pelabur dan dia tak pernah jadi sebahagian dari team akademik. Memandangkan isu ni boleh menjatuhkan nama kolej, dia buat keputusan untuk letak jawatan.
“Saya ingin meminta maaf sebab menyusahkan pihak universiti. Saya berharap kisah ini dapat dikuburkan dan perhubungan antara universiti dan FIC dapat dipulihkan” – Fazley Yaakob, BBC
4. Page Wiki Rosmah Mansor kena block?
Bagi orang yang ternama macam isteri PM, mesti ramai ingat page Wiki dia panjang nak mampos tapi kitorang agak terkejut bila dapat tau yang page wiki dia sebenarnya dah kena block. Setakat ni, alasan atau sebab yang diberi adalah ada masalah copyright kat page wiki Rosmah ni.
Nasib baik Wiki ada revision history (kat situ korang boleh check siapa yang selalu ubah/tambah/tolak fakta kat dalam page wiki). Time kitorang check tu, dua perubahan terakhir tu menyatakan masalah copyright yang sama. Ada satu nota kecil kat situ kata kebanyakkan fakta diambil dari website ni.
Tapi edit yang ketiga pula oleh Afandri Adya, boleh kata agak normal. Dan versi paling tua kitorang boleh jumpa bertarikh 16 November 2010, yang tu punya tak panjang sebab time tu cerita pasal Rosmah tak banyak sangat.
Kitorang gali lagi dalam, pastu jumpa lagi satu versi yang mengandungi perkara-perkara agak kurang sopan. Tapi biasalah kalau terlibat dengan politik kan, sure kena. Ini satu lagi versi lain yang menghubungkan Rosmah dengan “syarikat kosmetik dan intimasi tempatan” (hah apebende…)
5. Adik tiri Rosmah pun tak puas hati dengan dia
Nampaknya Azrene bukannya ahli keluarga tunggal yang kena block dengan Rosmah. Pada tahun 2009, Rosmanuddin Mansor mendakwa diri dia sebagai adik tiri kepada Rosmah Mansor dan telah buat satu siri video di YouTube yang bertajuk “Rosmah perempuan puaka“.
5 video kat YouTube tu ada interview daripada Rosmanuddin dan juga ahli keluarga serta jiran dari kampung Rosmah di Seremban. Dorang dakwa yang Rosmah dengan sengaja taknak akui kewujudan dorang lepas dia jadi somebody. Dorang juga kata yang Rosmah ni pakai bomoh.
Kalau korang tengok video tu, korang tau yang dorang ni berani gila nak cakap macam tu tapi betul ke apa yang disembangkan? Kitorang cuba sahkan cerita dorang tapi takde benda sangat. Yang kitorang jumpa blog jela… Tapi The Star dan juga Malaysiakini ada laporkan reply Rosmahkepada video tu.
Yang paling dekat kitorang boleh dapat untuk kesahihan adalah satu artikel dari Zakiah Koya yang time tu merupakan penulis untuk The Sun tapi sekarang ni dia tulis untuk MalaysiaKini. Zakiah Koya merupakan kakak kepada Latheffa Koya (peguam untuk Anwar Ibrahim). Zakiah dengan selambanya tanya pasal video puaka tu dan Rosmah pun jawab, ni adalah sebahagian dari jawapan tu:
“Saya tak marah, saya cuma tak layan mereka. You perlu tahu bila perlu senyap. Kalau asyik layan; makin seronok mereka tanya macam-macam. Saya tak fikir saya ada masa untuk melayan…” – Rosmah, dipetik oleh MalaysiaKini.
Apa yang kami sedar pasal jawapan Rosmah adalah dia tak menafikan yang Rosmanuddin ni adik tiri dia. Kalau mamat tu menipu confirm Rosmah akan cakap kan? Tapi kami terjumpa dengan satu blog ni kata dorang ada copy sebiji dari satu interview dengan Rosmah oleh Malaysia Instinct. Tapi sayangnya kami tak jumpa original copy oleh Malaysia Instinct so kitorang tak boleh nak confirm kan cerita ni.
“Ye, Rosmanuddin adalah adik saya. Saya tak tengok lagi video ni tapi saya sedih dengan tuduhan yang dilemparkan kepada saya” – Rosmah, barkingmagpie.blogspot.my
Tambahan pula, kat dalam video puaka tu (minit 3.59) Rosmanuddin tunjuk IC dia tapi kitorang tak berapa nampak sebab video tu blur tapi kat blog ni ada gambar IC tersebut dengan clear so kitorang guna gambar tu.

Setakat ni nak kata Rosmanuddin menipu pun tak boleh juga, siap tunjuk IC kot. Tapi tak semestinya kita kena percaya bulat-bulat kan (contoh macam mamat ni kononnya nak kantoi kan duit haram Tun tapi last last dapat tau yang dia menipu sebenarnya).
Kenapa keluarga tiri Najib sangat…misteri?

Kitorang sedar time tulis artikel ni satu benda, keluarga tiri Najib ni penuh dengan misteri. Malah orang lain yang pernah nak research pasal ex suami dia pun tak jumpa apa-apa yang sahih. Pasal Azrene tu pun orang dapat tau sebab dia bising kat Facebook haritu, kalau tak memang orang takkan tau.
Sama juga dengan bekas bini Najib yang pertama, Puteri Zainah Eskandar, kena nasib yang sama macam bekas suami Rosmah. Semua hilang dari public dan ada yang dinafikan pertalian saudara. Ye memang semua ni berlaku sebelum wujudnya Facebook tapi memandangkan Najib ni famous selalu masuk TV bagai, agak memeranjatkan yang orang awam taktau sangat pasal keluarga dia
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: