Sabtu, 12 Mei 2018

TERKINI DI LTSAAS:'Betul ke nak bercuti?' - Media dan orang awam berkampung di Subang Airport

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
TERKINI DI LTSAAS:'Betul ke nak bercuti?' - Media dan orang awam berkampung di Subang Airport

Bekas pemimpin negara dan isterinya yang dilaporkan akan menaiki pesawat persendirian pada pagi ini untuk bercuti di Indonesia selama dua hari mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menurut laporan MalaysiaKini, bekas pemimpin dan isterinya itu telah disenaraihitamkan dari meninggalkan negara ini. Namun berdasarkan semakan nombor kad pengenalan bekas pemimpin itu di laman Semakan Status Perjalanan Imigresen, tiada sebarang halangan yang dikenakan. 

Difahamkan, sejak viralnya berita dan gambar senarai dua penumpang pesawat persendirian yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Subang jam 10 pagi ini, ada sekumpulan orang awam datang menyerbu Terminal Subang bagi menghalang pasangan berkenaan dari meninggalkan negara. 


Foto Arthur Toh


Foto Arthur Toh 


Foto Arthur Toh
Laporan awal mengatakan pesawat persendirian dari Indonesia itu akan mendarat di Lapangan Terbang Subang pada jam 6 pagi ini. Pihak media juga tidak ketinggalan untuk berkampung di pintu masuk lapangan terbang tersebut. 


Media berkampung di Lapangan Terbang Subang | Foto - Wan Imran Chik
Walau bagaimanapun, orang awam dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan sendiri kerana perbuatan itu hanya akan mencemarkan imej Malaysia yang baru sahaja melakukan perubahan. 

Terdahulu dalam kenyataan sidang media Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya akan menyiasat dan sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan bekas perdana menteri ke-enam melakukan kesalahan, maka Presiden UMNO itu akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang. 

Beliau juga berkata, Ketua-ketua jabatan yang didapati menyalahgunakan kuasa mereka untuk membantu pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu juga akan dipecat. Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara juga akan disiasat berhubung skandal 1MDB serta SPRM akan dikaji semula fungsinya. 
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: