Selasa, 15 Mei 2018

“Kamu Patut Bagi Ni Kat Dia, Bukan Saya. Dia Tak Boleh Kena Hujan”, Dialog Tun Dr. Hasmah Risaukan Tun Dr. Mahathir Sentuh Hati Netizen.

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
“Kamu Patut Bagi Ni Kat Dia, Bukan Saya. Dia Tak Boleh Kena Hujan”, Dialog Tun Dr. Hasmah Risaukan Tun Dr. Mahathir Sentuh Hati Netizen.

Kuala Lumpur, 20 Nov – Pelbagai kisah dapat kita dengarkan apabila perhimpunan Bersih 5.0 berlaku semalam.

Ada yang negatif, dan ada yang positif.

Namun dialog antara Tun Dr. Siti Hasmah dan Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin ini boleh membuatkan orang ramai tersentuh.

Difahamkan, ketika Tun Dr. Mahathir berucap di Bersih 5, hujan mulai turun. Di saat itu, Tun Dr. Hasmah menzahirkan rasa risaunya terhadap kesihatan Tun M.

Kisah perbualan itu dikongsi oleh Adam Mukhriz  di laman Facebooknya.

Dari Facebook Adam Mukhriz:

Tun Dr. Siti Hasmah duduk jauh dari Tun M tadi. Tun M di atas trak. masa Tun M berucap, beberapa kali batuk, Tun Siti dengar, bangun dari kerusi.

Tun Siti Hasmah: ‘Adam, saya nak duduk sana, risau lah‘.

Adam: ‘Kita tak boleh bergerak. Orang terlalu ramai.

Kemudian hujan renyai mulai turun, dipakaikan baju hujan disposable kepada Tun Siti.

Tun Siti Hasmah: ‘Kamu patut bagi ini (baju hujan) dekat dia, bukan saya

Adam: ‘Tun, jangan risau, diorang dah bagi baju hujan dekat Tun M.

Ketika hujan turun, Tun Siti Hasmah terus menzahirkan kerisauannya terhadap Tun M.

Tun Siti Hasmah: ‘Adam… saya risaukan suami saya.. dia tak boleh kena hujan‘.

Entah macam mana sambil pimpim Tun Siti air saya menitik. Tapi nasib baik masa tu hujan, tak nampak sangat.

Saya boleh lihat dia adalah segalanya buat Tun M. Susah nak cari isteri macam tu. Semoga Allah rahmati Tun M dan Tun Siti.

Sejak dialog itu dimuat naik semalam, ia menerim lebih 100 komen yang rata-rata tersentuh dengan perkara itu.



loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: