Rabu, 9 Mei 2018

Amalina Che Bakri Kenalkan Teman Lelaki Pada Umum

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Amalina Che Bakri Kenalkan Teman Lelaki Pada Umum

Pasti ramai yang mengenai wanita bernama Dr. Amalina Che Bakri bukan? 

Suatu masa dahulu Amalina pernah mengejutkan Malaysia selepas diumumkan antara pelajar pintar kerana berjaya meraih keputusan akademik cemerlang iaitu 17A1.


Dr. Amalina yang mendapat tajaan daripada Bank Negara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di luar negara kini sedang menjalani surgical trainee di The Royal College of Surgeons of England.

Selain sering berkongsi fakta perubatan menerusi laman Twitter, Dr. Amalina turut terkenal sebagai seorang wanita yang bergaya.

Dr. Amalina kerap memuat naik gambar busananya seharian dan ianya sememangnya memukau untuk peminat fesyen di luar sana!

Namun ada yang lebih menarik selepas Dr. Amalina bertindak memuat naik gambarnya dengan seorang jejaka berkulit putih baru-baru ini.

Menariknya, beberapa hashtag dan kapsyen seperti ‘my other half ‘, #couplegoals dan banyak lagi menunjukkan bahawa Dr. Amalina sedang memperkenalkan teman lelakinya kepada umum.

Tampil memberikan penjelasan, Dr. Amalina menerusi laman Twitternya mengaku bahawa lelaki berkenaan merupakan teman lelakinya.

Walaupun tidak mendedahkan nama jejaka berkenaan, Dr. Amalina sempat mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah yang ditulis peminat untuk mereka.



Sumber Twitter Amalina Che Bakri
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: