Jumaat, 11 Mei 2018

7 Perkara PELIK Dalam PRU Ke-14 Libatkan Tun Mahathir Yang Anak Muda Kena Tahu Termasuk Poster Dirinya Dibuang

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
7 Perkara PELIK Dalam PRU Ke-14 Libatkan Tun Mahathir Yang Anak Muda Kena Tahu Termasuk Poster Dirinya Dibuang:




Hari ini sejarah bakal terukir bagi negara. Perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 adalah satu sejarah yang tidak pernah berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Sekitar jam 9.30 malam nanti, Tun Dr Mahathir akan mengangkat sumpah di hadapan Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sekaligus perlantikannya memecah monopoli  kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional tumbang buat kali pertamanya dalam sejarah pilihanraya.

Di sebalik sejarah yang tercipta, apa agaknya perkara pelik dalam PRU ke 14 yang membabitkan Tun M kali ini ya.

Perdana Menteri Tertua di dunia – Ya, buat pertama kalinya, sejarah tercipta dan Tun M mencipta sejarah mengenainya. Bukan saja dalam Malaysia tetapi juga di dunia kerana Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri tertua di dunia. Ini juga bermakna Tun Hasmah kembali
menjadi Wanita Pertama Negara untuk kali kedua buat kesekian kalinya.



Dilantik 2 kali sebagai PM – Ini memang rekod ya. Sebabnya belum pernah ada Perdana Menteri Malaysia “repeat” dilantik dua kali sebagai PM dan Tun M membuktikan, usia bukan penghalang baginya. Lagipun memang rakyat Malaysia sayangkan ayahanda yang dilihat mampu membawa satu perubahan besar yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata yang selama ini menjadi “silent killer” dan ternyata tsunami rakyat membuktikan, kuasa adalah di tangan mereka.





Bakal dapat TPM Perempuan – Ok, ini juga sejarah ya. Selalu orang cakap orang perempuan adalah tunjang lelaki dalam aspek rumahtangga tetapi dengan perlantikan Datin Seri Wan Azizah sebagai TPM selepas dipersetujui oleh Pakatan Harapan, bermakna orang nombor dua di belakang Tun M adalah perempuan.

 Belum pernah ada dalam sejarah negara, golongan wanita menerajui HOT SEAT ini (selangkah lagi kaki dah sampai ke PM kan) tetapi ternyata Wan Azizah berjaya membariskan dirinya duduk sebaris dengan lelaki yang sering kali diangkat sebagai pemimpin.

Poster Dirinya Dibuang & Menjadi Viral – Ingat lagi tak poster gergasi memaparkan wajahnya dibuang oleh seorang petugas SPR yang begitu gigih membuang gambar Tun di Johor semasa kempen pilihanraya. Di sebalik SPR mengikut arahan, ternyata membuang gambarnya, menghitamkan wajahnya malah bermacam tingkat laku pelik, ternyata kejadian itu membuatkan orang ramai makin bersimpati dan beranggapan peristiwa ini sesuatu yang sukar diterima. Kata mereka kenapa perlu takut dengan orang tua berusia 93 tahun tetapi ternyata dengan usianya itulah, Tun M berjaya mengubah lanskap politik negara dengan tumbangnya UMNO yang telah mewarisi kejayaan sejak 60 tahun lalu dalam pentadbiran negara.



Dulu Tun M Orang Umno tapi kini Pengerusi PPBM – Kalau nak tahu, dulu Tun M pernah jadi Presiden UMNO tetapi beliau telah menubuhkan sebuah parti baru iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang kemudiannya telah dibatalkan pendaftarannya sehari sebelum Kabinet dibubarkan.

Kebijaksaannya membuatkan Tun M berpakat dan bertanding di bawah satu logo iaitu Pakatan Harapan kerana katanya  di usianya kali ini dan selepas “mengaku ada membuat sedikit kesilapan”, beliau memilih menyelamatkan Malaysia dari semua “bencana” akibat perbuatan rakus dan tamak kepimpinan sebelum ini.


Pakatan Harapan Tumbangkan BN  Dengan Aura Tun M –  Semua ada “mata panda” semalamkan. Ramai yang menunggu-nunggu keputusan penuh debar  kerana sekitar jam 4 pagi baru semua keputusan diumumkan oleh SPR. Malah Tun M juga membuat sidang akhbar sekitar jam 3 pagi memaklumkan bahawa Pakatan Harapan berjaya tumbangkan BN. Debar rakyat begitu terasa kerana ramai mengakui amat pelik kenapa mereka perlu tertunggu-tunggu dalam satu tempoh yang agak lama tentang keputusan piliharaya kali ke -14 ini.





Paling Lama Menunggu Untuk  Angkat Sumpah Sebagai PM – Inilah isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia yang dari pagi membawa ke petang. Dari petang membawa ke malam dan sebentar tadi ada makluman berita bahawa angkat sumpah hanya akan dilakukan pada jam 9.30 malam. Ramai yang bersimpati melihat ayahanda Tun M menunggu-nunggu dari jam 4.40 petang.

Apa pun, Malaysia sudah mempunyai Perdana Menteri ke – 7 yang baru dan ianya diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat mampu memulihkan kembali ekonomi Malaysia selain menyelesaikan masalah-masalah besar yang wujud pada pertadbiran sebelum ini.


Article lain

Teori Nama “RAHMAN” Benar-Benar BERLAKU, Apa Anak Muda Kena Tahu?



Hari ini, pastinya seluruh rakyat Malaysia masih membicarakan tsunami politik yang benar-benar memberi pukulan “smash kencang” kepada Barisan Nasional dengan kemenangan kepada Pakatan Harapan.

Sebelum keputusan diumumkan awal pagi tadi, ada banyak cakap-cakap di belakang mengenai #tsunami orang Melayu, #anak muda, #gelombang kemarahan rakyat tentang gst dan pelbagai lagi bualan lain. Namun satu yang pasti dan benar-benar menjadi igauan tentunya teori nama bekas Perdana Menteri pertama iaitu TUNKU ABDUL RAHMAN yang disebut-sebut selama ini sebagai TEORI RAHMAN yang mana ia menjadi susanan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini.



Jika diukur tentang sejarah Malaysia, teori nama ini bermula dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia dan memerintah selama 13 tahun bermula dari 1957 hingga 1970. Beliau digelar bapa kemerdekaan negara.

Selepas ketiadaannya, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua selama enam tahun bermula dari 1970 sehingga 1976 dan digelar Bapa Pembangunan. Beliau mewakili huruf  A bagi teori ini. Malah generasi Felda pasti cukup mengingati allahyarham kerana bermula dari era beliaulah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di Malaysia.



Teori nama RAHMAN ini diteruskan apabila Tun Hussein Onn diangkat sebagai Perdana Menteri ketiga Malaysia dan mewakili huruf H. Bapa kepada bekas Menteri Pertahanan, Hishamudin Tun Hussein Onn ini memerintah Malaysia bermula dari 1976-1981. Kejayaannya yang paling besar ialah menyatu padukan penduduk pelbagai kaum sehingga digelar Bapa Pembangunan.


Seterusnya, mewakili harapan seluruh rakyat Malaysia pada PRU ke 14 ini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke empat dan paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama 22 tahun. Auranya sudah cukup bergema ke seluruh pelusuk tanahair sehingga mampu menolak kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah sekali pun kalah dalam pilihanraya sejak 60 tahun lalu dan tahun ini Pakatan Harapan mencatat sejarah dalam negara.




Selepas turun dari memerintah Malaysia, teori nama ini berjangkit kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mewakili huruf A bagi nama RAHMAN ini. Hanya memerintah selama enam tahun bermula dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, beliau kemudiannya digantikan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mewakili huruf N.

Ternyata hari ini, dengan kemenangan kerusi di Parlimen sebanyak 89 sahaja, kerajaan Barisan Nasional gagal membentuk kemenangan mudah dan teori nama RAHMAN BERAKHIR pada hari ini  dengan enam Perdana Menteri Malaysia terlantik setakat ini.

Nyata, teori nama RAHMAN ini benar-benar BERHANTU dan menjadi kenyataan kerana era UMNO bagi rakyat Malaysia sudah mulai hilang popularitinya khususnya di kalangan anak muda yang benar-benar bangkit sekaligus menjadikan medium politik Malaysia yang mahukan suara anak muda lebih lantang di Parlimen mula menjadi kenyataan.

Dengan kekalahan Barisan Nasional, nampaknya nama-nama favourite seperti Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn untuk diangkat sebagai Perdana Menteri semakin menjauh. Begitu juga Ketua Pemuda yang tall, dark dan hensem iaitu Khairy Jamaludin juga semakin menjauh bagi tempoh 5 tahun ini. Tidak terkecuali Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

Apa pun, siapa pun Perdana Menteri kita (setakat artikel ini ditulis belum ada pengumaman rasmi tentang Perdana Menteri Malaysia ke-7 kerana masih belum mendapat perkenan YDP Agung, satukan saf, rapatkan ukhwah kerana kita semua adalah RAKYAT MALAYSIA yang cintakan keamanan, kemakmuran dan berganding atas nama Malaysia.

Kredit: remaja.my

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: