loading...
Loading...
Tayang Baby Bump,Adira Hamil Lagi
PETALING JAYA: Berita baik! Penyanyi Adira Suhaimi hamil lagi untuk anak kedua selepas lebih setahun menerima kelahiran pertama.
Suaminya Datuk Seri Adnan Abu mengesahkan isterinya itu hamil lima bulan.
Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 40, berkata, penyanyi berkenaan dijangka akan melahirkan bayi tersebut pada September depan.
"Alhamdulillah, rezeki Allah... Adira hamil lima bulan anak kedua kami. Kalau ikutkan anak ke lapan sayalah.
"Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.
Adnan mengulas foto penyanyi lagu Ombak Rindu itu yang dimuat naik di Instagramnya kelihatan sudah mempunyai 'baby bump'.
Datuk Red bersama empat cahaya mata daripada isteri pertamanya.
Dalam pada itu, Adnan yang berhasrat mempunyai ramai anak itu mengakui menyasarkan 20 cahaya mata.
"Saya suka anak ramai sekarang hendak masuk lapan orang, lagi 12 oranglah kalau diberi rezeki," ujarnya.
Sementara itu ditanya tentang kegiatan seni penyanyi tersebut, Adnan berkata, dia tidak melarang selagi ia tidak memudaratkan kesihatan Adira.
"Dia masih boleh terus bekerja jika ia tidak menjejaskan kesihatannya," ujar Adnan.
Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.
Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red mempunyai empat orang cahaya mata.
Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 dan 14 tahun
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan