Rabu, 16 Mei 2018

INILAH KISAH SITI HASMAH JADI PENYATU JODOH ANWAR DAN AZIZAH YANG RAMAI TAK TAHU

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Siapa sangka, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan kakaknya adalah orang tengah yang menemukan jodoh antara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mengimbas kisah tersebut dalam satu temuramah eksklusif bersama Majalah Keluarga Edisi Khas Hari Ibu, baru-baru ini, Tun Dr. Siti Hasmah mendedahkan, Datuk Seri Anwar adalah sahabat allahyarham kakaknya Datuk Paduka Saleha Mohd Ali.

Cerita Tun Dr. Siti Hasmah ketika suami kakaknya sakit dan menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Seri Anwar selalu datang melawat.

Kebetulan, Azizah pula doktor di HKL dan kerap menjaga kakak serta merawat suaminya.
Di situlah Anwar telah lihat Azizah dan berkenan dengannya,katanya.

Bermula dari situ juga, kakaknya berperanan. Anwar dan Azizah diperkenalkan antara satu sama lain dan hubungan mereka diperkukuh selepas Datuk Paduka Saleha dan sahabat rapatnya Osman Awang mewakili Anwar masuk meminang Azizah.

Hasil pertemuan di HKL ini membawa Anwar dan Azizah diijabkabulkan, ceritanya.



Sahabat baik

Walaupun berbeza latar belakang politik, ramai tidak tahu dua figura ini mempunyai sejarah persahabatan yang istimewa.

Kedua-duanya bersahabat baik, malah Tun Dr Siti Hasmah sudah menganggap Datuk Seri Dr. Wan Azizah seperti adiknya sendiri.

Segalanya bermula sewaktu Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyertai BAKTI manakala Tun Hasmah pula Yang Dipertua pada waktu itu.

Kami selalu bermain badminton bersama, waktu itu cukup seronok. Tapi sudah lama tidak bertemu begini.

Setakat bersua muka seketika di sesi parlimen tapi tak dapat jumpa macam ni. Syukur alhamdulillah dapat jumpa lagi adik ini.

Kali terakhir kami jumpa waktu saya pergi ke rumah Azizah, ujarnya mengimbas pertemuan antara keduanya yang mana foto pertemuan itu menjadi viral di media sosial.

Kisah lanjut tentang Tun Dr. Siti Hasmah dan Datuk Seri Dr Wan Azizah boleh dibaca dalam majalah Keluarga edisi Mei yang kini di pasaran.



Tips Kak Wan

Sementara itu, dalam temubual bersama Wan Azizah pula, anggota Parlimen Permatang Pauh itu turut berkongsi tips dan rahsia kekal sihat di usia 65 tahun.

Menceritakan tentang amalan yang dilakukannya, Wan Azizah memberitahu beliau amat menitik beratkan penampilan dan personaliti memandangkan Anwar sebelum ini pernah berseloroh mengenai perkara berkenaan.

“Jagalah personaliti. Dulu suami saya pernah dalam nada seloroh kepada saya, katanya kalau saya gemuk dia kahwin lain. Jadi saya percaya setiap suami mahukan isteri yang pandai menjaga penampilan.

“Bila seharian dengan anak-anak memang susah nak bagi penampilan sempurna setiap masa. Dan bila suami balik, kita hendak terus bercantik-cantik memang sukar.

“Suami pula tengok perempuan di luar cantik-cantik. Jadi jika ini situasinya, sebenarnya suami dan isteri adalah satu unit. Perlu bekerjasama untuk pastikan rumah tangga bahagia.

“Sebagai isteri kita harus berdoa ini semua ujian masing-masing. Suami ujian begitu, isteri pula ujiannya begini. Suami perlu ada iman,” ujarnya.

Dari segi pemakanan pula, ibu kepada enam orang anak itu berkata, beliau akan elak mengambil makanan yang syubhah.

“Sebab kalau termakan sikit sekali pun (makanan yang syubhah), saya akan sakit teruk sampai termuntah-muntah.

“Jadi saya jaga setiap makanan yang diambil. Jika badan sakit, bukan orang lain rasa, kita juga menanggungnya. Jadi saya sangat pentingkan penjagaan kesihatan,” katanya.



loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: