Khamis, 17 Mei 2018

Polis 'masuk' kondo Najib di Pavilion KL, geledah empat lokasi lain

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Polis 'masuk' kondo Najib di Pavilion KL, geledah empat lokasi lain

PETALING JAYA: Lebih 15 kereta polis dan sebuah trak polis tiba di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di ibu negara pada Rabu malam.

Terdahulu, Najib menunaikan solat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur.



Trak polis turut kelihatan. Foto AFP

Difahamkan, polis turut berada di empat lagi lokasi iaitu di Kompleks Seri Perdana, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Pavilion Tower A dan Pavilion Tower B.
Selain kereta polis, trak Black Maria juga tiba di kediaman Najib di Jalan Duta pada kira-kira 10.15 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superitendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa ketika meninggalkan lokasi hanya memberitahu pihak media untuk "tunggu dan lihat".

Puluhan pegawai polis termasuk pegawai kanan Bukit Aman dilihat berada di kondominium Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur pada Rabu malam.

Kehadiran pegawai polis itu dikatakan bagi mengumpul dokumen berkaitan siasatan yang dijalankan terhadap bekas perdana menteri itu.



Foto Reuters

Menurut laporan The Star, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan polis melakukan pemeriksaan di lima lokasi milik dan berkaitan dengan bekas perdana menteri.

Beliau enggan mendedahkan tujuan siasatan itu, tetapi mengesahkan kehadiran polis di lokasi-lokasi berkenaan.

Katanya, ia bukan satu serbuan tetapi bertujuan untuk mencari bukti membabitkan siasatan yang sedang berjalan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bahan yang diperiksa pihak polis.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: