Jumaat, 11 Mei 2018

Tidak Sehaluan Dengan Abang,Adik Najib Nampak Bayangan Kesungguhan Bapa Pada Tun M

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Tidak Sehaluan Dengan Abang,Adik Najib Nampak Bayangan Kesungguhan Bapa Pada Tun M

Seorang adik Datuk Seri Najib Razak hari ini secara terbuka memuji perdana menteri yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Kata Datuk Seri Nazir Razak, Dr Mahathir sentiasa tidak lupa untuk mengenang kehebatan perdana menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Keadaan itu berlaku walaupun Dr Mahathir mempunyai hubungan tegang dengan Najib yang baru dikalahkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Kedua-dua mereka berkongsi kesungguhan yang sama iaitu membangunkan negara sebaik mungkin dan melangkaui pengorbanan peribadi,” katanya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.

Dr Mahathir dilantik secara rasmi sebagai perdana menteri ketujuh selepas mengangkat sumpah di Istana Negara malam tadi.

Walaupun mengetuai pakatan empat parti pembangkang utama menentang BN, Dr Mahathir sering menceritakan kebaikan bapa Nazir dan Najib dalam ceramah atau ucapannya.

Untuk rekod Najib ialah pengerusi BN. Dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu parti itu kehilangan kuasa selepas gagak mendapat kerusi majoriti di parlimen.

Secara keseluruhan BN hanya mendapat 79 kerusi parlimen berbanding 122 HARAPAN. PAS pula cuma memperoleh 18 kerusi.

Nazir yang juga pengerusi kumpulan perbankan CIMB dilihat lebih terbuka dan pernah beberapa kali memberikan pandangan tidak sehaluan dengan dasar kerajaan yang ketika itu diketuai abangnya.

Kata Nazir tiada perkataan yang dapat menggambarkan bagaimana perjalanan Dr Mahathir kembali semula ke jawatan yang pernah didudukinya sebelum ini.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri mulai Julai 1981 sebelum meletakkan jawatan pada Oktober 2003.

Kata Nazir Malaysia turut berjaya membuktikan kewibawaannya di mata dunia apabila berjaya melakukan peralihan kuasa sesuai dengan kehendak rakyat.

“Saya doakan perdana menteri baru serta pasukannya berjaya membina Malaysia baru seperti yang digambarkan dalam manifesto HARAPAN,” katanya.

Nazir berkata Malaysia memerlukan perubahan pada masa lalu tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana kepentingan tertentu.

“Seperti yang pernah saya katakan, Malaysia perlukan perubahan besar tetapi semua percubaan untuknya di bawah kerajaan lama gagal disebabkan oleh struktur yang ketat serta kepentingan yang ada. Kini ia boleh dilakukan,” katanya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: