loading...
Loading...
Sentiasa Panas...Dracula India disiram setiap 30 minit
MADHYA PRADESH: Umpama 'Dracula', itulah nasib dua budak lelaki apabila memiliki gigi bertaring hingga terpaksa dikurung dalam rumah.
Ibu mereka bimbang kedua-dua anaknya akan dihina penduduk kampung di Madhya Pradesh, India kerana wajah kanak-kanak itu yang dikatakan mengerikan.
Penduduk kampung menggelarkan Ashfaq Khan,11, dan Mushtaq Khan, 8, mirip 'hantu' kerana mempunyai kulit gelap dan berambut nipis keperangan serta menampakkan barisan giri tajam seperti taring.
Hakikatnya, kedua-dua kanak-kanak itu mengalami masalah hypohidrotic ectodermal dysplasia (HED) yang juga menyebabkan mereka sentiasa berasa panas.
Bagi mengatasi masalah itu, ibunya terpaksa menyiram air ke badan anak-anaknya setiap setengah jam.
Di sekolah pula, Ashfaq dan Mushtaq mengaku sering dibuli dan dipulau rakan sebaya selain sering dihina kerana penampilan mereka.
Setakat ini, faktor kemiskinan menyebabkan ibu bapa mereka tidak mendapatkan rawatan untuk mengubati penyakit yang dialami dua beradik itu.
Sementara itu, Dr Mukesh dari Delhi berkata, kondisi Ashfaq dan Mushtaq akan lebih buruk jika tidak segera menerima rawatan.
"Mereka perlu melakukan rawatan gigi secara berkala demi masa depannya," katanya.
Atas keprihatinan itu, Yayasan Amal Shaktishali Mahila Sangathan Samiti tampil menghulurkan bantuan kepada kedua-dua kanak-kanak itu.
Pengarah yayasan, Ravi Goyal berkata, mereka menawarkan bukan sekadar rawatan buat Ashfaq dan Mushtaq tetapi turut memberi penjelasan kepada penduduk kampung mengenai penyakit tersebut. - Dailymail
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan